Monday, August 29, 2016

Along Cham Sempat Sindir ‘Smule’ Zila Seeron Lepas Bercerai

Along Cham Sempat Sindir ‘Smule’ Zila Seeron Lepas Bercerai

alg

Pelawak Along Cham kini sah bercerai dengan isterinya Zila Seeron selepas melafazkan cerai talak satu di depan hakim.

Pasangan ini hadir di mahkamah pagi tadi dan Along dilihat enggan bersalam dengan Zila yang menghulurkan tangan.

Selepas bercerai, Along telah dikerumuni oleh ramai wartawan yang ingin mendapatkan kenyatan dari pelawak ini. Along dengan tenang mejawab soalan wartawan malah sempat menyindir gambar Smule Zila dengan individu yang tidak berbaju.

Ini komen Along:

JAGA AIB

“Saya mendiamkan diri sebelum ini kerana ibu saya selalu berpesan, bila sudah bergelar suami isteri aib rumah tangga perlu dijaga.

“Sudah tentu sebagai suami, saya wajib menjaga aib isteri saya walaupun macam-macam cerita dia buat terhadap saya,”

SINDIR VIDEO SMULE

“Saya tidak kenal siapa lelaki itu. Cuma saya terkejut kerana melihat keadaan mereka dalam foto itu.

“Apapun saya ucapkan selamat pengantin baru kepada mereka dan selepas ini Smule pakai baju pengantin mungkin lebih afdal,”

Semoga pasangan ini tabah lalui dugaan dan dapat meneruskan kehidupan masing-masing selepas ini dengan lebih baik. -PENMERAHDOTCOM

The post Along Cham Sempat Sindir ‘Smule’ Zila Seeron Lepas Bercerai appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments