Mengakui bahawa kini sendang mengenali seorang jejaka yang bukan dari industri seni, pelakon manis jelita Ummi Nazeera menjelaskan bahawa dia tidak akan merahsiakan sebarang perkara berkaitan jodoh.
BACA: Ummi Nazeera Tidak Mahu Bercinta Buat Masa Ini
“Saya berjanji akan memberitahu semua orang apabila tarikh pernikahan bakal tiba sementara berhubung calon, ada baiknya saya hanya memperkatakan perkara itu apabila sudah bertunang nanti,” memetik kata-katanya kepada Kosmo! Online.
Selain itu, Ummi juga tidak mudah melatah apabila sering ditanya mengenai soal jodoh sekaligus membuatkannya sudah lali. Malah menurut Ummi, keluargannya juga tidak pernah mendesak mengenai perkara tersebut.
“Ia nasihat orang tua yang cukup bagus supaya jangan terlalu berseronok sehingga terlupa betapa usia semakin tua,” katanya. Apa pun, semoga segala perancangan Ummi menuju hari bahagia akan dipermudahkan. (rtky/s)
0 comments