Monday, August 29, 2016

Kes Serius: Polis Siasat Gadis Buat Aksi Bahaya Di Genting Highland

Kes Serius: Polis Siasat Gadis Buat Aksi Bahaya Di Genting Highland

serius

Polis memandang serius tindakan berbahaya pengguna jalan raya yang mengeluarkan badan dan duduk di tingkap kereta ketika mendaki jalan kepuncak Genting Highland baru-baru ini.

Video kenderaan Myvi itu sedang bergerak dan beberapa gadis dilihat mengekluarkan badan dan duduk untuk mengambil angin yang sejuk.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden S. Somu, siasatan sedang dijalankan termasuk mengenalpasti identiti mereka yang melakukan perbuatan itu.

Tindakan tersebut diambil susulan rakaman video tiga penumpang wanita bertudung yang menjadi viral di laman media sosial.

Ini komen Polis:

“Kejadian dipercayai melibatkan tiga penumpang wanita yang duduk di bahagian tingkap kereta semasa kenderaan itu sedang bergerak ke puncak Genting Highland yang telah viral di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

“Setakat ini polis belum menerima sebarang laporan, tetapi berdasarkan rakaman, laluan dipercayai di daerah Bentong iaitu jalan menuju ke Genting Highlands,”

“Kita minta mana-mana individu yang merakam kejadian itu supaya tampil memberikan maklumat lanjut untuk membantu siasatan. Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Asisten Superintenden Safie Yasin di talian 012-7045464,”

Kata Somu lagi, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara berbahaya.

Katanya, kes itu juga disiasat mengikut Peraturan 4A Kaedah-kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 bagi penumpang kerana tidak memakai tali pinggang keledar.

Kebanyakkan netizen mengutuk tindakan dan aksi bahaya yang dilakukan oleh gadis-gadis itu. -PENMERAHDOTCOM

The post Kes Serius: Polis Siasat Gadis Buat Aksi Bahaya Di Genting Highland appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments