Monday, August 29, 2016

Nabila Huda Nafikan Rumah Tangga Kini Goyah

Entah dari mana datangnya khabar angin yang mendakwa rumah tangga Nabila Huda kini goyah. Tidak mengambil pusing perkara tersebut, pelakon yang dilihat bahagia bersama suami dan anak tercinta, menafikan perkara tersebut.

BACA: Nabila Huda Mahu Bulan Madu Di Amerika Selatan Sebulan

“Tak mahu komenlah. Merepek sangat gosip itu. Siapalah yang buat cerita macam itu? Suami saya pun tergelak ketika membaca artikel berkenaan,” jelasnya kepada BH Online baru-baru ini.

Malah jika dilihat di laman sosial pelakon wanita berkenaan juga tidak menunjukkan sebarang bayangan bahawa rumah tangga mereka kini dilanda badai. Adalah satu tindakan yang bagus bagi Nabila kerana tidak ambil pusing perkara sebegini.

Nabila Huda dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 25 Disember tahun lalu. Malah telatah keluarga ini di laman Instagram seringkali mencuit hati peminat mereka. Semoga keluarga ini akan terus kekal bahagia hingga Jannah. (rtky/s)

8- Nabila Huda Nafi Rumah Tangga Kini Goyah - ROTIKAYA 7- Nabila Huda Nafi Rumah Tangga Kini Goyah - ROTIKAYA 5- Nabila Huda Nafi Rumah Tangga Kini Goyah - ROTIKAYA 4- Nabila Huda Nafi Rumah Tangga Kini Goyah - ROTIKAYA 3- Nabila Huda Nafi Rumah Tangga Kini Goyah - ROTIKAYA 1- Nabila Huda Nafi Rumah Tangga Kini Goyah - ROTIKAYA
Load disqus comments

0 comments