Pengantin Remaja 18 Tahun Dedah Bagaimana Jatuh Cinta Dengan Wanita 42 Tahun
Kisah pernikahan remaja lelaki berumur 18 tahun dengan wanita berstatus janda anak lima yang berumur 42 tahun telah menjadi viral sejak kebelakangan ini.
Mohd. Sofi Mat Ali 18 tahun telah memilih Dayang Sopiah Gusti, 42 tahun sebagai suri hidup meskipun jarak usia mereka melebihi 20 tahun.
Remaja 18 tahun ini berkata kasih sayang dan sikap bertanggungjawab serta mengambil berat Dayang Sopiah berjaya memikat hatinya sehingga mereka memutuskan untuk berkahwin Selasa lalu.
Walaupun hubungan mereka ditentang beberapa pihak dari ahli keluarga, sebagai manusia biasa dia percaya jodoh mereka telah ditentukan Allah justeru tiada siapa yang mampu menghalangnya.
Ini komennya:
“Saya jatuh cinta dengan kasih sayangnya. Sejak berkenalan, dia sentiasa mengambil berat tentang saya sehingga saya memberitahu keluarga mahu berkahwin dengannya.”
“Sejak berkenalan dia banyak menemani saya sebagai rakan, tidak kira susah atau senang malah ketika sakit pun dia datang ke hospital melawat dan menceriakan hari saya.
“Tidak kisahlah apa orang cakap asalkan ini jodoh yang ditentukan dan sudah pasti saya akan buat yang terbaik menjaga makan minum isteri saya,”
Pengantin perempuan, Dayang Sopiah mempunyai anak sulung berumur 16 tahun dan paling bongsu berumur 7 tahun hasil perkahwinannya sebelum ini.
Dayang memebritahu mereka mula berkenalan di gelanggang bola tampar pada awal Mei lalu.
Ini komennya:
“Mohd. Sofi seorang yang agak nakal, namun mudah berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira usia sehingga rakan-rakan lain amat menyenangi sikapnya,”
Sememangnya ajal jodoh otu ketentuan Tuhan. Semoga pasangan berbahagia selalu. -PENMERAHDOTCOM
The post Pengantin Remaja 18 Tahun Dedah Bagaimana Jatuh Cinta Dengan Wanita 42 Tahun appeared first on PenMerah.com.
0 comments