Isteri Persoal Hasrat Ashraf Muslim Ingin Kahwin Tiga
Selebriti Ashraf Muslim sebelum ini telah menafikan desas-desus mengatakan beliau berhubung semula dengan bekas kekasihnya, Sherry Ibrahim dan tiada perancangan untuk berkahwin dengan Sherry.
Walaubagaimanapun, Ashraf Muslim akui bahawa kedua-dua isterinya ada bertanya kepadanya jika dirinya ingin mengambil wanita itu untuk menjadi isteri ketiga.
Ini komennya:
“Sejujurnya sudah lama tidak berjumpa dengan Sherry apatah lagi menghubunginya sejak putus hubungan sekitar tahun 2009. Gosip itu sama sekali tidak benar. Perkara berkaitan jodoh dan takdir saya tidak boleh menidakkan. Mana tahu esok atau lusa saya bercerai dan berkahwin semuanya ketentuan Allah,”
Kedua-dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah dilihat tenang menghadapi kontroversi yang mengaitkan Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim yang baru sahaja putusa cinta bersama pelakon, Fattah Amin.
Sheery juga ada memberi komen menafikan sudah kembali rapat dengan Ashraf Muslim dan tidak mahu dikaitkan dengan bekas kekasihnya itu. -PENMERAHDOTCOM
The post Isteri Persoal Hasrat Ashraf Muslim Ingin Kahwin Tiga appeared first on PenMerah.com.
0 comments