Tidak mahu terus menerus menipu dirinya, Uqasha Senrose melalui pendedahan eksklusif kepada BH Online mengakui bahawa dia kini tidak lagi berhijab – dan bersedia menerima apa saja cercaan dan kecaman dari warga laman sosial mengenai tindakannya itu.
BACA: Uqasha Senrose Enggan Komen Gosip Cinta Dengan Kerabat
“Atas apa alasanpun, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan. Selama tiga tahun, saya akui iman saya turun naik”
“Pendek kata memang tak konsisten. Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati masih berkecamuk selepas putus cinta. Mungkin juga saya tak fikir panjang. Saya seperti hilang arah tuju dan melihat tekad untuk bertudung itu dapat memulihkan semangat serta membuka fasa baharu dalam hidup”
“Tetapi sebaliknya yang terjadi. Malah dalam tempoh itu juga apabila keluar kontroversi itu dan ini, ada mulut yang lantang mendakwa lebih baik tak bertudung kalau buat perangai,” luahnya kepada portal berita tersebut.
Tambah Uqasha, dia mahu menjadi dirinya sendiri dan dan tidak mahu lagi dibayangi dengan kisah bertudung sebelum ini. Malah katanya, dia tidak mahu terus hidup dalam kepura-puraan..
“Saya mahu jadi diri sendiri. Saya tak mahu dibayangi dengan kisah bertudung itu lagi. Saya rasa diri ini lebih mempermainkan agama dan seperti munafik jika bertudung tetapi tidak menonjolkan sikap yang bertepatan dengan gaya berkenaan,” katanya. (rtky/s)
0 comments