Selepas segala pergolakan yang berlaku didalam rumah tangga Adi Putra, kini beliau membuat keputusan untuk menunaikan ibadah haji buat kali kedua bersama isteri pertamanya, Aida Yusof. Walaupun tidak mendedahkan tarikh sebenar untuk berangkat ke tanah suci Mekah, Adi meminta agar segala salah silapnya sebelum ini dimaafkan bersempena dengan keberangkatan beliau.
BACA: Isteri Kedua Adi Putra Ditahan Pihak Polis
“Assalamualaikum, kami mohon ampun dan maaf pada semua sekira ada kesalahan dan kesilapan. Dan kami ambil kesempatan di tanah suci utk mendoakan kepada semua,” tulisnya menerusi akaun Instagram sambil memuat naik sekeping gambarnya bersama isteri pertama memaklumkan rancangan beliau yang bakal berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji.
Menerusi posting itu juga, rata-rata peminat Adi memberikan komen yang positif selain mendoakan agar segala perancangan dan urusan pasangan itu ke Mekah berjalan dengan lancar. Dalam pada itu, ada juga yang memuji sikap Aida yang masih setia bersama Adi setelah konflik diantara mereka tercetus apabila Adi membuat keputusan untuk berkahwin buat kali kedua secara diam.
Terdahulu, Adi mencetuskan kontroversi apabila gambar dirinya bersama seorang wanita yang kelihatan seperti dirakam pada sebuah majlis pernikahan, tersebar di laman sosial. Bagaimanapun, sejurus selepas itu menerusi satu sidang media khas, Adi telah membuat pengakuan bahawa beliau sememangnya sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama seorang janda. (rkty/w)
0 comments