Berita baik kepada semua pendeposit SSPN-i-Plus yang ingin membuka atau membuat penambahan akaun dalam tempoh 1 Julai 2016 hingga 30 Jun 2017, PTPTN kini melancarkan Cabutan Wow! SSPN-i-Plus. Lebih 300 hadiah bernilai RM1.5 juta akan ditawarkan kepada para pendeposit. Istimewanya cabutan kali ini adalah, lebih ramai pendeposit yang menyertai, lebih banyak hadiah yang ditawarkan!
Apa yang WOW sangat dengan cabutan hadiah ini? Terdapat dua cabutan hadiah ditawarkan, salah satunya adalah Cabutan Tahunan, dimana pemenang utama bakal berpeluang membawa balik sebuah Proton Perdana. Manakala tempat kedua pula akan ditawarkan sebuah Toyota Vios yang akan diberikan kepada 3 pendeposit dan tempat ketiga pula anda mungkin bakal bergaya dengan motorsikal Kawasaki yang akan diberikan kepada 5 pendeposit.
Selain itu sejumlah wang tunai bernilai RM2,000 akan diberikan sebagai hadiah saguhati kepada 250 pendeposit. Cabutan kedua pula dikenali sebagai Cabutan Suku Tahun, dimana dalam cabutan ini PTPTN menawarkan tiga kali cabutan di sepanjang tahun. Lebih WOW lagi, anda mungkin berpeluang memiliki sebuah Honda Jazz baru dan juga saguhati bernilai RM2,000 kepada 20 pendeposit.
Kalau dulu anda mungkin perlu bersesak-sesak ke kaunter dan mengisi borang untuk membuka akaun SSPN-i-Plus, kini dengan adanya program pemasaran melalui Ejen Online PTPTN, anda boleh membuka akaun dan melakukan transaksi dengan mudah secara online. Apa sahaja hanya boleh dilakukan hanya di hujung jari anda!
Bukan itu sahaja, kepada Rakan Niaga Affiliate dan Ejen Pemasaran Online PTPTN, anda juga bakal mendapat durian runtuh berbentuk komisen. Sebanyak 15% akan diberikan kepada Rakan Niaga Affiliate dan sebanyak 25% pula akan diagihkan kepada Ejen Pemasaran Online.
Menjadi Ejen Pemasaran Online sangat mudah kerana anda tidak perlu pening memikirkan modal kerana ia tidak memerlukan sebarang modal! Malah waktu bekerja yang fleksible juga amat menyenangkan dan proses bimbingan serta latihan turut diberikan. Ejen Pemasaran Online juga tidak melibatkan sebarang transaksi tunai.
Bagi menghargai usaha Ejen Online PTPTN, PTPTN telah menyediakan Anugerah Ejen Online PTPTN Terbaik kepada ejen yang mampu mencapai pembukaan akaun baru SSPN-i-Plus dalam jumlah yang ditetapkan. Selain itu, Ejen Online PTPTN juga berpeluang memenangi hadiah lumayan berupa pakej percutian ke luar negara dan wang tunai sebanyak RM4,000. WOW! Berbaloi-baloi!
0 comments