Emma Maembong Tampil Balas Kenyataan Fathia Latiff
Pelakon Emma Maembong tampil memberi kenyataan selepas Fathia Latiff mengatakan dia tiada kena mengena dalam masalah hubungan yang sedang melanda antara pelakon ini dengan Kamal Adli.
Fathia Latiff turut mengatakan sepatutnya Emma atau sesiapa sahaja perlu lebih terbuka.
Emma Maembong memberitahu, dia tidak pernah bersuara tentang hal orang ketiga dalam hubungannya dengan Kamal Adli dan terkejut profesionalismenya turut dipersoalkan.
Ini komen penuh dari Emma:
“Selaklah mana-mana akhbar, majalah atau portal. Selama ini saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan mengenai adanya pihak ketiga. Saya sendiri tidak tahu bagaimana boleh tercetusnya kontroversi sebegini.
“Lebih mengejutkan apabila kredibiliti dan profesionalisme sebagai pelakon juga dibangkitkan. Rasanya lebih wajar sekiranya persoalan ini diajukan sendiri kepada tuan punya badan iaitu Fathia dan Kamal.
“Mengenai hubungan saya dan Kamal Adli, biarlah saya memilih untuk tidak merumitkan lagi keadaan. Apa pun saya pernah cakap sebelum ini, sebarang keputusan perlu dibincangkan bersama Kamal,”
Sumber: BH
The post Emma Maembong Tampil Balas Kenyataan Fathia Latiff appeared first on PenMerah.com.
0 comments