Jangan Kaitkan Saya Dengan Shahir Lagi – Erra Fazira
Kalau sebut nama Shahir AF, sudah tentu orang ramai akan kaitkan dengan pelakon popular Erra Fazira. Ramai mengetahui tentang hubungan gosip yang sedang melanda mereka berdua.
Dari dulu sampai sekarang, pelbagai cerita tentang pasangan ini timbul. Kini, Erra Fazira menjelaskan bahawa kebanyakan perkara yang tersebar di laman sosial adalah tidak benar malah mereka sendiri sudah lama tidak bertemu.
Yang mengejutkan, sudah hampir 2 tahun mereka berdua tidak bersua muka.
Ini komennya: (mStar)
“Banyak perkara yang diperkatakan tentang kami tidak benar malah kami kali terakhir bertemu pun setahun setengah yang lalu. Pada kebanyakan masanya kami bertanya khabar menerusi WhatsApp”
“Perkara tentang merisik dan berkahwin tidak pernah datang daripada mulut saya atau pun Shahir. Cuma dia hanya menjelaskan kami memang berkawan itu sahaja dan perancangan berkahwin seperti diperkatakan sama sekali tidak benar,”
“Saya sudah tidak tahu ingin cakap apa lagi kerana kami hanya berkawan sahaja dan berharap ia tidak lagi diperbesar-besarkan,”
Sebelum ini pelbagai gosip timbul seperti Shahir merisik Erra, dan bakal berkhwin tidak lama lagi. Erra mengatakan itu semua berita palsu sahaja. Bagi Erra Fazira, dia menyatakan hubungannya bersama penyanyi Shahir hanyalah sekadar kawan dan tidak lebih dari itu. -PENMERAHDOTCOM
The post Jangan Kaitkan Saya Dengan Shahir Lagi – Erra Fazira appeared first on PenMerah.com.
0 comments