Teknologi di Jepun memang canggih. Mereka memang terkenal mereka dari rekabentuk produk, bangunan, automotif sehinggalah makanan. Terbaru, sebuah syarikat makanan Jepun, House Foods Group (HFG) mendakwa mereka telah berjaya menghasilkan bawang yang takkan buat anda menangis ketika menghirisnya.
Smile Ball, bawang pertama di dunia yang terhasil dari kajian yang mereka jalankan.
Setelah menjalankan kajian selama 10 tahun akhirnya HFG berjaya menemui ‘bahan’ yang menyebabkan mata pedih dan mereka juga telah berjaya mengubah sifat enzim yang terdapat di dalam bawang itu.
Sejenis bahan formula akan dilepaskan ke udara ketika bawang itu dihiris untuk menghalang penghasilan air mata.
Bahan formula yang disemburkan ke udara itu tidak akan mengubah rasa serta khasiat yang terdapat di dalam bawang tersebut.
Buat masa ini, Smile Ball hanya dipasarkan di sekitar Tokyo dan atas talian. Harga bawang ini juga dikatakan dijual dua kali ganda berbanding bawang biasa.
Sumber: mynewshub
0 comments