Tuesday, September 13, 2016

Bahaya!! Semut “Charlie” Makan Kulit

Bahaya!! Semut “Charlie” Makan Kulit

charliee

Seorang ibu berkongsi pengalaman apabila aak tersayang digigit oleh semut kayap yang dipanggil semut Charlie.

Ini komen seorang ibu: (HarianMetro)

“Pada mulanya kami menyangkakan Syara terkena penyakit kayap sehinggalah doktor mengesahkan ia akibat gigitan serangga dikenali sebagai Charlie,” kata Fara Fauzan Ahmad Ramizun, 27 tahun, ibu kepada Syara Eryyna Mohd Syafiq, 3 tahun yang digigit semut ini.

Kanak-kanak malang itu mengalami luka melepuh seperti terkena percikan api dan luka teruk di kaki kiri akibat terkena toksin serangga berkenaan.

Fara Fauzan berkata, belakang lutut anak sulungnya mula timbul merah seperti ruam pada 25 Ogos lalu sebelum keesokkannya menjadi makin merah dan menggelembung.

Charlie atau nama saintifiknya kumbang Rove mempunyai toksin yang boleh menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit teruk iaitu ‘dermatitis linearis’, malah boleh mengancam nyawa jika mengalami alahan teruk.

Serangga itu yang lebih dikenali sebagai semut kayap mengandungi toksin paling berbisa di dunia, Pederin dan tahap keracunan tinggi biarpun selepas dikeringkan dan disimpan selama lapan tahun.

Ini sedikit info semut Charlie

Kesukaan Charlie ialah :

-Tertarik pada cahaya lampu waktu malam.

Cara-Cara untuk mengelak Charlie dari mendekati kita :

  • -Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu / tingkap semasa epidemik kumbang tersebut.
  • -Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. *guna aerosol itu payah sikit. dia susah mati sebab dia lasak*
  • -Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya.
  • -Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air.
  • -Letak bedak biar dia kering, tangan tu jangan menggatal pergi mengurut / mengusik / menggaru or sewaktu dengannya.
  • -Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.

Yang Charlie Tak Suka ialah :

-Ubat gegat. Ubat gegat biasanya untuk menghalau semut atau lipas. Bau ubat gegat dikatakan mampun mengelakkan semut Charlie.

Tips untuk menyelamatkan diri daripada Charlie:

  • -Sebelum tidur, pastikan tiada semut charlie.
  • -Kalau Charlie masuk bilik, bertenang, jangan menjerit, tutup lampu untuk 10-15 minit. Pintu dan tingkap harus dibuka biar dia keluar bilik.
  • -Kalau jumpa Charlie singgah di badan, jentik dan jangan menjerit sebab semut Charlie rasa tergugat kalau dengar bunyi bising ( jeritan ) and akan terus sengat.
  • -Kalau pukul sampai penyek, apabila abdomennya pecah, BISA semut akan mengalir di badan kita. Mulalah penyakit gatal sana sini.

Diharap para ibu bapa berhati-hati dan tidak memandang mudah jika ternampak serangga ini. -PENMERAHDOTCOM

charlie3

The post Bahaya!! Semut “Charlie” Makan Kulit appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments