Sunday, February 19, 2017

5 Sebab Filem Guardians Bakal Pecah Panggung!

Baru tengok trailer, kami dah teruja nak tengok keseluruhan filem ini. Siap ada beruang comel tapi nampak macam ganas. Superhero lain yang ada dalam filem ini juga boleh tahan hebat juga! Ha, inilah filem Guardians yang datangnya dari Rusia.

Serius tak sabar nak tengok kalau diikutkan jalan ceritanya yang penuh aksi tu. Heroin pun boleh tahan cantik. Eh cakap banyak pun tak guna, mari kami kenalkan karakter dan 5 perkara yang mungkin buat anda jatuh hati dengan filem ini.

1. Karakter Pelbagai Kebolehan

Kalau anda nak tahu, rata rata karakter dalam filem ini sebenarnya hasil daripada eksperimen makmal yang pada mulanya gagal tapi kemudiannya menjadi sempurna. Jom kami kongsikan beberapa karakter menarik yang perlu anda tahu.

Areseny atau nama heronya Arsus merupakan seorang saintis malah kebolehannya bertukar jadi beruang sangat mengagumkan. Namun antara kelemahan Arsus, jika dia selalu bertukar menjadi beruang, kemungkinan dia tidak akan menjadi manusia semula.

Identiti Khan di dalam filem ini cukup misteri namun dia sangat hebat dalam bermain senjata tajam seperti pisau dan pedang. Bagaimanapun dia bencikan senjata api. Antara kelemahan Khan ialah dia mudah hilang tumpuan jika jatuh cinta.

Xenia antara watak yang mungkin mencuri perhatian penonton lelaki sebab dia seksi dan juga sangat lincah malah dia juga boleh jadi halimunan. Juga seorang ahli gimnastik, Xenia amat lemah jika tidak dapat berada dalam air.

Ler adalah ahli gusti. Apa yang menarik ialah Ler boleh tukarkan tangannya menjadi sarung tangan batu. Namun setiap kali dia menggunakan kuasanya itu, dia perlu menggunakan tenaga yang banyak.

2. Aksi Di Luar Jangkaan

Laju gila bukan Khan bergerak? Serius tergamam juga tengok aksi dalam trailer trailer yang ada. Kehebatan individu hero membuatkan filem ini mampu menarik lebih ramai orang untuk datang ke panggung.

3. Kesan Khas Yang Meyakinkan

Kesan khas dalam filem ini memang mengkagumkan. Lebih lebih lagi ketika bab pertarungan dan juga gambaran bandar yang semakin rosak dijajah penjahat.

4. Penjahat Yang Hebat

Walaupun barisan hero kelihatan sudah cukup kuat namun harus diingat, kadang kala penjahat mempunyai kekuatan yang berkali ganda malah masa dalam trailer Ler turut beberapa kali dibelasah.

5. Siapa Bakal Menang

Anda dah baca setiap karakter hero yang ada dalam filem ini? Masing masing ada kelemahan, bukan? Bab kelemahan inilah yang mungkin menyebabkan mereka tewas. Apa jadi jika Arsus tak bertukar jadi manusia semula atau Xenia tidak dapat kembali kepada sumber air?

Semuanya akan terjawab di pawagam pada 23 Februari ini. Jom ajak rakan anda ramai ramai tengok kesudahan filem yang pastinya penuh dengan konflik dan juga aksi ini. Nah, kami belanja trailer yang bakal buat anda tak sabar sabar.

Load disqus comments

0 comments