Selamat bernikah bulan lalu, Hazama mengakui kehidupannya bersama pilihan hatinya, Genervie Kam lebih tenang berbanding dulu. Malah kalau dulu asyik bergaduh, kini sejak berkahwin hubungannya bersama isteri lebih erat selain dapat belajar mengambil hati masing-masing.
BACA: Hazama Bangga Gayakan Pakaian Celoreng Ala Tentera
“Alhamdulillah, memang satu perasaan yang berbeza sebelum berkahwin, saya rasa kehidupan lebih tenang, tersusun dan tidak terburu-buru seperti ada yang hendak dikejarkan. Jika saya berhadapan dengan masalah, saya tidak cepat melatah dan boleh berkongsi dan mengadu dengan isteri,” jelasnya kepada m Star Online.
Apabila sudah mendirikan rumah tangga, soalan biasa yang sering diajukan pasti soal zuriat. Bagi Hazama pula, beliau dan isteri tidak meletakkan sebarang perancangan untuk mendapatkan anak. Malah jika diberikan zuriat dalam masa yang terdekat ini juga mereka bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa.
Terdahulu Hazama dan Genervie selamat diijabkabulkan pada 15 Januari lalu dalam sebuah majlis yang cukup sederhana di Orchard Villa. Majlis akad nikah itu turut dihadiri saudara dan juga kenalan rapat mereka. Semoga Hazama dan isteri sentiasa berbahagia dan dimurahkan rezeki. (rtky/w)
0 comments