Sunday, February 26, 2017

Sekitar Majlis Persandingan Shuib Sepahtu Dan Siti Sarah

Betul betul memegang pada janji, Shuib Sepahtu dan juga isteri, Siti Sarah selamat melangsungkan majlis persandingan kali pertama mereka pada malam ini (26 Februari 2017). Majlis persandingan meriah pasangan ini diadakan di Bora Ombak Marina.

BACA: Sekitar Majlis Berinai Siti Sarah Dan Shuib Sepahtu

Menurut Shuib sebelum ini, majlis yang diadakan ini adalah janjinya kepada isteri kerana dulu mereka hanya sekadar bernikah dan tidak mengadakan majlis persandingan.

“Saya tidak kisah dikecam orang kerana ini penghargaan saya buat isteri. Orang tidak tahu keadaan saya waktu mula-mula berkahwin dengan Sarah. Keikhlasannya menerima saya dalam keadaan saya tidak punya apa-apa kerana baru mula bertapak dalam bidang seni sangat saya hargai,” katanya sebelum ini.

Apa yang pasti, apa yang dilakukan oleh Shuib sebagai suami adalah sesuatu yang pastinya akan dihargai oleh isteri lebih lebih lagi Shuib sendiri baru keluar dari hospital kerana tekanan darah rendah.

Majlis ini juga turut dihadiri barisan selebriti dan juga sahabat baik Shuib sendiri yang baru sahaja bergelar suami isteri semalam iaitu Jep dan juga Sari Yanti. Kami kongsikan beberapa gambar sepanjang majlis berlangsung. Enjoice!

Gambar Ihsan: Dahlia Production

Load disqus comments

0 comments