Friday, February 24, 2017

Fattah Amin Terbit Buku Bahasa Inggeris Pula

Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya – inilah pepatah yang sesuai dengan kejayaan Fattah Amin. Pepatah ini membawa maksud, jika tidak berusaha, manalah dapat hasilnya. Mujur Fattah Amin berusaha buat quote menarik ketika saat namanya tengah menjulang.

BACA: Sharnaaz Ahmad Sindir Fattah Amin Di Twitter?

Jelas Fattah kepada Utusan Online, kejayaan bukunya yang laris terjual membuatkan dia mahu menerbitkan buku tersebut dalam versi bahasa Inggeris pula. Ya, anda baca benda betul, Fattah mahu keluarkan dalam versi bahasa Inggeris pula.

“Walaupun ada segelintir pihak yang tidak bersetuju terhadap buku berkenaan tetapi saya bersyukur ramai juga yang memberi sokongan atas niat murni saya ini dalam berkongsi impian dan harapan”

“Alhamdulillah, secara tidak langsung banyak pihak yang mendapat manfaat dan inspirasi dengan membaca buku ini dan mula melihat dari sudut yang positif sekali gus memberikan kesan yang baik kepada industri kreatif serta hiburan tanah air,” katanya.

Kata Fattah, cetakan pertama sahaja sebanyak lima ribu naskhah telah habis dijual sejak dilancarkan pada 12 Februari lalu dan kini pihaknya telah menempah cetakan kedua atas permintaan ramai.

Bagaimanapun keputusan untuk menerbitkan buku berkenaan dalam bahasa Inggeris masih lagi dalam pertimbangan dan keputusan akan diketahui tidak lama lagi. Ya Tuhan, seriuskah semua ini? (rtky/s)

Load disqus comments

0 comments