Friday, February 24, 2017

5 Sebab Greenwoods, Salak Perdana Tempat Yang Sempurna Untuk Seisi Keluarga

Apa azam anda untuk tahun 2017 ini? Jika anda sudah berkeluarga dan ingin mencari lokasi yang lebih selesa untuk tinggal bersama anak anak, Greenwoods Salak Perdana oleh Paramount Property yang terletak di Dengkil pastinya jawapan tepat yang anda cari selama ini.

Di Greenwoods, Salak Perdana, anda boleh menikmati kehidupan yang tenang dikelilingi alam semula jadi yang terbentang luas, taman yang menyegarkan serta keindahan alam yang menginspirasikan penglibatan dalam pelbagai aktiviti riadah.

Demi memupuk semangat kejiranan untuk membentuk satu komuniti yang harmoni, Paramount Property telah memperuntukkan sebahagian daripada 237 ekar Greenwoods untuk membina taman permainan interaktif, laluan pendakian, kebun kecil, kolam rekreasi, laman hijau trek jogging dan taman berbasikal.

1. Penghubung Pengangkutan Awam & Lebuhraya Utama

Dengan kenderaan, residen di Greenwoods boleh menuju ke pusat bandar Kuala Lumpur melalui Maju Express Highway (ke MEX – 18minit dari Greenwoods). Lebuhraya Utama lain seperti ELITE Highway melalui laluan pertukaran baru yang dicadangkan di B29 (14minit), North-South Highway melalui B32 (15 minit), KLIA Expressway melalui B32 (16 minit) dan Jalan Kajang-Dengkil melalui B48 (16 minit).

Selain daripada lebuhraya utama, residen Greenwoods juga boleh menggunakan perkhidmatan ERL di stesen ERL Salak Tinggi yang menghubungkan Salak Tinggi dengan pusat bandar Kuala Lumpur dalam jangka masa 25-30 minit (Salak Tinggi – KL Sentral) dan Salak Tinggi ke KLIA cuma dalam masa 5 minit (Salak Tinggi – KLIA).

2. Berdekatan Dengan Kemudahan Utama

Ini adalah salah satu faktor yang paling penting ketika kita membuat keputusan untuk membeli rumah. Anda pasti tidak hendak mendengar bebelan isteri anda tentang kesulitan yang dihadapi untuk membeli barangan runcit ataupun menghantar dan menjemput anak dari sekolah.

Bagi anda yang mementingkan pelajaran anak-anak, anda tidak perlu risau kerana institusi pengajaran sedia ada di sekitar Greenwoods termasuk taska, sekolah rendah, sekolah menengah dan juga institusi pengajian tinggi.

Selain daripada pasaraya yang terdekat, Greenwoods juga mempunyai unit komersial tersendiri. Pada bulan Ogos lepas, Greenwoods telah melancarkan unit komersial pertama iaitu Greenwoods Belian yang mengandungi 47 unit Kedai Pejabat 2 Tingkat.

Greenwoods Belian yang terletak di pusat perbandaran Greenwoods ditetapkan untuk menjadi hub aktiviti dan kegiatan kepada residen Greenwoods dan juga residen dari perumahan jiran seperti Bandar Baru Salak Tinggi, Kota Warisan, Nilai dan sebagainya.

Lokasi Greenwoods adalah sangat strategik sekaligus hampir dengan pelbagai kemudahan yang ada di sini. Tak perlu lagi pergi jauh-jauh untuk selesaikan urusan anda.

3. Berstatus Hak Milik Kekal

Kebanyakan kia tak tahu tentang kepentingan status pemegangan tanah; sama ada hak milik kekal ataupun hak milik sementara. Bagi anda yang tak tahu, hak milik kekal adalah pemberimilikan tanah untuk selama-lamanya manakala hak milik sementara adalah pemberimilikan untuk satu tempoh yang tidak melebihi dari 99 tahun.

Apabila anda membeli rumah, biarpun rumah baru atau subsale, anda perlu semak status pemegangan tanah kerana ada rumah hak milik sementara dimana tempoh pegangan tanah adalah kurang daripada 99 tahun.

Di Greenwoods, anda tidak perlu risau kerana status pemegangan tanah adalah hak milik kekal berbanding dengan projek pembangunan lain di sekitar Greenwoods.

4. Pelan Susun Atur yang Praktikal untuk Pelbagai Kegunaan

Alami ketenangan tanpa kesibukan di 96 Residences, projek perumahan pertama di Greenwoods yang mengandungi 96 unit rumah teres 2 tingkat dengan luas tanah 20’ x 70’ dan saiz binaan 2,040 kps. Setiap unit di 96 Residences mempunyai 4 bilik tidur dan bilik air tersendiri.

Dalam rumah kontemporari ini, ruang yang disediakan adalah mengikut rekaan yang praktikal untuk pelbagai kegunaan.

Dari ruang tamu yang luas ke bilik tidur yang selesa, dari bilik air moden ke dapur yang elegan, segala-galanya adalah direka dengan sempurna supaya anda tidak hanya memiliki sebuah rumah, tetapi satu kediaman yang harmoni untuk memenuhi impian anda.

5. Mampu Milik

Antara semua sebab-sebab yang disebut di atas, sebenarnya, sebab ini adalah yang paling penting. Pemilikan rumah di Greenwoods adalah amat mudah kerana Paramount Property memberi pakej yang amat menarik.

Dengan pakej yang ditawarkan, anda bukan sahaja tidak perlu membuat bayaran muka iaitu 10% daripada harga jualan, malah segala yuran guaman untuk perjanjian jual beli dan perjanjian pinjaman termasuk duti setem bagi pindahmilik hartanah adalah dibiayai oleh Paramount Property.

Erti kata lain, untuk memiliki rumah di Greenwoods, anda cuma perlu bayar RM3,000 (boleh dikembalikan) ketika membuat tempahan rumah. Harganya juga amat berpatutan iaitu bermula dari RM 490,000 selepas diskaun bumiputera.

Jujurnya, dengan nilai yang ditawarkan di Greenwoods Salak Perdana, pastinya ia mampu menarik minat anda dan pasangan demi membina masa depan keluarga yang lebih terjamin.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kediaman di Greenwoods Salak Perdana ini, bolehlah melawat http://ift.tt/2ljxOb1 dan saksikan sendiri kelebihan yang anda boleh dapatkan di sini.

Load disqus comments

0 comments