Monday, February 27, 2017

Kenapa Ramai Yang Bercerai Ustaz?


Saya bertanya kepada guru saya seorang alim mengenai 13 orang bercerai dalam seminggu. Mereka minta nasihat saya. Saya minta nasihat alim ini kenapa jadi begini. Saya sangat sedih.
Jawabnya ramai orang baik. Tapi tidak pandai menzahirkan kebaikannya. Ramai orang saling mencintai tapi tidak pandai menzahirkan cintanya.
Sehingga keduanya bersedih dan menangis dan meraung kerana terpisah. Saling mencintai teramat cinta bertukar menjadi benci dan begitu benci sehingga tidak nampak walaupun satu kebaikan lagi.Ini juga berpunca dari tidak mencintai Nabi saw dengan sebenarnya. Orang yang teramat cinta Nabi saw kehidupuannya sentiasa mencontohi Nabi saw.
Nabi saw orang paling baik kepada keluarganya. Nabi saw buat segala kerja rumah saat beliau berada di rumah. Nabi orang paling rajin saat berada di rumah. Sehingga baju dan kasut yang koyak beliau jahit sendiri.
Nabi saw sentiasa makan berjemaah. Minum dari tempat isterinya minum. Makan sebekas dan sehingga licin. Sangat menghargai makanan. Gembiranya orang yang masak. Tidak pernah complain atau keji makanan. Pernah rambut jatuh dalam makanan tetap berbual kebaikan disebaliknya.
Isteri jatuhkan makanan dengan sengaja di depan sahabah Nabi saw kutip makanan dan langsung tidak marah kerana Baginda saw besarkan Allah dan utamakan akhirat..
Nabi saw saat isterinya membuatnya marah tetap baginda saw boleh sebut kebaikan isterinya, diam, mendoakan, dan memanggil isterinya dengan panggilan yang mulia dan disukai isterinya.
Nabi saw boleh menerima kekurangan pada isterinya walaupun baginda saw manusia paling sempurna dan tiada manusia sepertinya. Sentiasa memaafkan.
Nabi saw menggunakan kelebihan yang ada pada isterinya untuk kerja dakwah dan kerja agama. dalam mendakwahkan wanita-wanita.
Nabi saw tetap baring atas riba, tidur satu selimut ketika haid dan membersihkan darah haid isteri yang menitik.Ini benar-benar membuatkan isteri rasa benar-benar dihargai.
Nabi saw membiarkan isterinya yang tertidur dan baring atas bahunya. Meminta maaf kepada isterinya walaupun tak salah dan menerangkan sebab tindakannya walaupun sebenarnya tidak perlu kerana itu beliau seorang Rasul.
Nabi saw selalu memberikan hadiah dan penghargaan kepada kebaikan isterinya. Pernah Nabi saw kata, Wahai Juwaiyah kamu duduk beribadah dari sebelum subuh dan tidak bangun sehingga waktu dhuha ini. Pujian yang sangat hebat. Kemudian Nabi saw hadiahkan zikir padanya.
Nabi saw memuji Abu Bakr didepan Aisyah ra. Menghargai ayah mertuanya.
Nabi saw sangat baik dan merupakan sahabat pada mertuanya…disayangi dan dicintai bukan sahaja oleh isteri malah oleh mertuanya.
Nabi saw dukung isterinya dan kenakan pipinya saat dukung isterinya dengan kasih sayang.
Nabi saw selalu pegang tangan dan gosok-gosok tangan atau peha isterinya walaupun bukan saat bersama. Itu membuat wanita rasa dihargai.
Nabi saw sentiasa mendoakan isterinya dan kadang-kadang didengari dan diketahui isterinya.
Nabi saw pernah mandi bersama-sama dan bergurau ketika mandi bersama.
Nabi saw Tahajud dan menangis di waktu malam. Isteri baginda saw selalu ikut solat dibelakang Nabi saw…saat pengabdian Nabi saw di waktu malam..
Nabi saw pernah kata ini salah saya kepada isterinya walaupun Baginda saw tidak salah.
Nabi saw pernah pesan jangan bersama isteri seperti binatang.Juga pernah pesan jangan menolak suami walaupun atas unta(kenderaan tertutup dalam perjalanan)Maksudnya Nabi saw ajar supaya bergurau senda, menggoda isteri, dan benar-benar bersama yakni saling menggembirakan saat membuat hubungan intim. Keduanya mencapai apa yang dinginkan. Memahami kehendak pasangan masing-masing.
Nabi saw tidak pernah kata kenapa macam ni..ish..kenapa tak macam ni..tapi saat berlaku Nabi saw kata apa yang berlaku telah ditakdir oleh Allah. Nabi saw tunjuk satu-satu seperti menunjuk orang buta..pegang tangan pimpin sampai destinasi..bukan arah tapi sama-sama buat.
Baginda saw sangat menyayangi anak-anak. Selalu dukung cucunya. Bermain dan mendidik dengan perkataan yang baik. Jagalah Allah. Allah jaga kamu.
Baginda saw sentiasa senyum.Abdullah ibnu haris kata aku tidak pernah lihat seseoang yang lebih banyak senyum dari Nabi saw.
Nabi saw penuh dengan akhlak yang mulia. Hormat orang tua. Sayang kanak-kanak. Suka melayan tetamu yang datang. Suka memberi makan dan suka beri salam.
Nabi saw saat bersalam atau pegang tangan tidak akan tarik tangan sehingga orang tu lepaskan. Tidak akan alihkan telinga sehingga orang tu habis bercakap yakni mendnegar dengan teramat baik dan tidak biarkan orang tu berlalu tanpa membantu menyesaikannya.
Begitu juga isteri Nabi saw dan anak wanita Nabi saw mempunyai sifat seperti Nabi saw. Suami isteri saling berlumba menunaikan hak..dan memaafkan hak yang tak tertunai. Berlumba buat baik sehingga sama-sama masuk syurga,dan paling utama mendapat Redha Allah.

Sumber : tazkirah.net


via Bin Usrah
Load disqus comments

0 comments