Tuesday, February 28, 2017

Lupakan Samsung Galaxy Tab S2 & Pilih Huawei Mediapad M3, Beli Sekarang Masih Boleh Dapat Jumlah Free Gift Bernilai RM550

Menjelang bulan Mac tahun 2017 ini, sudah berapa kali agaknya telefon pintar mahu pun tablet anda asyik bermasalah saja. Kejap restart sendiri dan kadanG kadang nak bertindak balas pun lambat. Silap haribulan mahu kena hempas agaknya.

Biasanya yang ada tablet ni memang nak fokus pada satu kerja yang dibuat, sebab tu anda dapatkan tablet, bukan? Tapi dengan kehadiran pelbagai jenama tablet yang ada di pasaran, akhirnya tak tahu nak pilih yang mana.

Jangan risau, kerana kami akan bongkarkan kepada anda beberapa sebab kenapa lebih baik anda dapatkan MediaPad M3 berbanding dengan Samsung Galaxy Tab 2.

5100 mAh Bateri Kapasiti Besar – 11 jam non-stop video, 6 jam non-stop games

Apakah perkara paling penting sekarang ni kalau nak memilih gajet? Pastinya salah satu jawapan anda ialah bateri. Kapasiti MediaPad M3 ialah 5100 mAh sekaligus memberikan anda lebih penjimatan masa dari asyik nak kena caj semula tablet sepanjang hari. Manakala kapasiti bateri Samsung cuma 4000 mAh sahaja.

Bolehlah mengisi masa dengan melayari internet, youtube, Facebook serta game non-stop buat sekurang-kurang 6 jam dan ke atas. Kalau nak beli tablet siapalah nak beli yang berbatteri kecil’kan?

Kualiti Skrin Memang Puas Hati Punya

Anda jangan tak tahu, MediaPad M3 ini memaparkan skrin berusolusi 2.5K (1600x2560pixels, 359ppi) berbanding tablet Samsung beresolusi 2K (1536 x2048 pixels, 320ppi). Maksudnya Mediapad M3 memang clear habis dan mampu menewaskan pesaing yang lain dalam arena tablet.

Melalui kualiti segempak ini, setiap apa yang anda lihat pastinya jelas dan sedap mata memandang. Liang roma pelakon watak utama serta kehalusan rambutnya dalam drama anda tonton pun jelas kelihatan.

Pilihan Terbaik Kaki Muzik – – Dwi speaker yang diluluskan oleh Harman Kardon

Ini antara fungsi yang kami suka kerana ia sekali lagi memudahkan anda untuk mendengar muzik dengan lebih jelas dan berkualiti? Jika anda kata bunyi sama saja dengan peranti lain, anda silap! Ini kerana MediaPad M3 didatangkan sekali dengan kualiti bunyi menggunakan teknologi stereo Harman Kardon – nama yang cukup gah dalam industri audio berkualiti tinggi dan bergabung dengan teknologi bunyi exclusif Huawei iaitu S.W.S 3.0 yang lebih canggih untuk menghasilkan kualiti yang paling baik.

Kehebatan Huawei Mediapad M3 yang sering dipuji ramai ialah mempunyai 2 pembesar suara terbina yang berada di atas dan bawah badan tablet manakala Samsung hanya mempunya 1 speaker. Ini bermaksud Mediapad M3 berkebolehan menghasilkan kesan bunyi 3D ketika menonton video.

Misalnya jika filem yang anda tonton ada babak peluru ditembak dari kiri ke kanan, bunyi yang dikeluarkan pun akan kedengaran seperti ditembak dari kiri ke kanan dan inilah kelebihan M3 yang mempunyai 2 pembesar suara.

Pengimbas Cap Jari yang boleh unlock tablet dalam 0.47saat

Apalah maknanya jika anda mempunyai sebuah gajet paling maju namun tidak dilengkapi dengan pengimbas cap jari yang boleh unlock dengan cukup cepat. Peka dengan isu tersebut, MediaPad M3 hadir dengan pengimbas cap jari yang cukup pantas dengan berkebolehan unlock tablet dalam masa 0.47s, lebih cepat daripada tablet Samsung yang mengambil masa lebih daripada 1 minit.

Selain itu, pengimbas cap jari M3 juga boleh mengawal aplikasi:
* Short Tap – Back
* Long Tap & Hold – Home
* Swipe to left and right – Recent App

Kirin 950, Pemprosesan Terulung yang berkebolehan membuka pelbagai aplikasi serentak dengan laju

Masalah telefon pintar tidak responsif atau aplikasi tidak boleh digunakan adalah satu perkara yang boleh buat mood empunya telefon berubah. Tapi dengan Huawei M3 ini, ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Kirin 950 iaitu cip pemprosesan lapan teras!

Kirin 950 iaitu cip pemprosesan lapan teras, yang berkelajuan 4x Cortex -A53 @1.8GHz, 4x Cortex –A72 @2.3GHz. Manakala, pemprosesan Adreno 510 daripada Samsung Galaxy Tab 2 8.0 yang hanya berkelajuan 1.8GHz + 1.4GHz empat teras. Dalam kata singkat, ini bermaksud M3 bertindak lebih pantas daripada Samsung Galaxy Tab S2 8.0 dari segi membuka pelbagai aplikasi serentak.

Mediapad M3 Memiliki 4GB RAM manakala Samsung Galaxy Tab S2 hanya memiliki 3GB RAM, ini bermaksud M3 berkebolehan melaksanakan pelbagai aplikasi jauh lebih laju daripada S2 dan menjamin penggunaan yang lebih lancar untuk jangka masa panjang.

Selain itu, anda juga boleh menambah SD kad sehingga 128GB ROM. Ha, letaklah apa yang nak diletak sampai puas hati. Selain itu, M3 juga menyokong USB OTG yang memudahkan anda untuk memindahkan gambar dari tablet ke PC dengan lebih pantas dan menjimatkan masa.

Melalui usaha keras Huawei bagi memastikan pengguna mendapat yang terbaik, kelebihan ternyata lebih berpihak kepada MediaPad M3 kerana mampu memenuhi keperluan peminat jenama mereka.

Kamera 8MP + 8MP yang lebih jelas vs 2.1MP + 8MP

Kamera Depan Huawei M3 yang berkamera 8MP + Kamera Belakang 8MP manakala Samsung Tab S2 hanya berkamera depan 2.1MP dan 8MP kamera belakang.

PERHATIAN: Jika anda dapatkan Huawei M3 model 4GB + 64GB ROM (Gold) bermula 24 Februari hingga 5 Mac 2017, anda akan dapat:

1x Premium Hi-Fi Bluetooth earphone bernilai RM299
1x Premium Leatherette Smart Cover bernilai RM199
1x Kain Pembersih + 1x Pelindung Skrin bernilai RM52

Bagi anda yang berminat dan ingin merebut peluang yang ada ini, jom dapatkannya di Lazada dan juga 11street.my sekarang!

Load disqus comments

0 comments