Sebenarnya beberapa hari yang lalu, saya terjumpa tafsir dalam Al-Quran yang menyatakan:
"Di syurga nanti, tiada orang yang bujang. Setiap lelaki disediakan dua orang bidadari sebagai isteri yang kekal abadi keperawanannya."
Allahuakbar, terbakar api kecemburuan! Lalu cuba lagi mencari apa maksudnya. Saya cuba mendengar kuliah Ustaz Wadi Anuar. Ya benar! Suami-suami kita nanti dapat isteri bidadari yang tak tertanding cantik wanita dunia ini.
Bayangkan, jika bidadari meludah ke dalam selautan air, maka air laut yang masin akan menjadi tawar. Jika di dunia ini kita berbuat jahat pada suami, maka dua isteri mereka di syurga akan menjerkah kita.
"Celakalah dikau wahai si isteri."
Eh? Kuliah ustaz ini membuatkan saya semakin cemburu dan tidak puas hati. Untunglah si suami mendapat bidadari yang tak tertanding kecantikannya, sedangkan kita ini biasa-biasa sahaja.
Habis, kita ini di syurga jadi apa pula?
Rupa-rupanya untuk wanita yang solehah, beriman dan mentaati suaminya, ganjarannya lebih besar. Wanita yang masuk syurga akan menjadi lebih cantik berganda-ganda dari bidadari. Jadi Ketua Bidadari lagi dan sebab itu dikatakan bidadari akan cemburu pada wanita solehah.
Sebaik sahaja kita minum air dari Telaga Rasulullah S.A.W yang diberi nama Al-Kausar, Allah S.W.T akan beri kita dua perkara.
- Allah akan memberikan Nur kepada wajah kita.
- Allah cabut semua perasaan dengki, cemburu, iri hati dan segala perasaan jahat yang pernah ada dalam diri manusia.
Maka berbahagialah penduduk dalam sebuah negara yang diberi nama syurga. Jom buat bidadari cemburu dengan kita.
Macam mana nak menjadi wanita solehah? Salah satunya, jaga aurat.
0 comments