Orangnya tinggi lampai dan memang cantik orangnya. Wajahnya sentiasa menghiasi di kaca televisyen sebagai model iklan.
Selalunya orang cantik ni akan digosipkan dengan kerabat diraja. Ada sumber memberitahu bahawa Raline Shah dikatakan rapat dengan keluarga kerabat Johor dan sebelum ini juga pernah ada hubungan istimewa dengan salah seorang kerabat.
Raline menjelaskan, walaupun dilahirkan di Jakarta, dia sebenarnya mempunyai keluarga dan ramai kawan-kawan di Malaysia. Dia ke Malaysia 2 kali sebulan melawat neneknya yang menetap di Johor.
Menurut Raline lagi, dia mengakui rapat dengan keluarga kerabat Johor memandangkan ayahnya sangat rapat dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail.
“Ayah saya rapat dengan Sultan Johor sekarang. Mereka selalu pergi menyelam bersama-sama di Johor. Saya mengenali kerabat Johor sejak dari kecil lagi. Nama adik saya diberi oleh Sultan Johor sendiri.”
Tambahnya lagi, TMJ (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) adalah kawan baik saya sejak dulu lagi sehinggalah sekarang walaupun beliau sudah berkahwin.
“Saya dan TMJ kawan baik sejak dari kecil. Kami membesar bersama. Saya sangat gembira beliau sudah berkahwin dan mempunyai anak. Kami masih lagi
berhubung dan saya juga menjemput beliau untuk menghadiri tayangan perdana Surga Yang Tak Dirindukan 2,” ujarnya dalam sidang media tayangan perdana Surga Yang Tak Dirindukan di Pavilion petang tadi.
Jelasnya lagi, dia dengan TMJ hanya berkawan rapat dan tidak pernah ada hubungan lebih dari kawan seperti yang pernah diwar-warkan sebelum ini. (rtky/fr)
0 comments