Siapa yang tak kenal dengan pelakon popular Indonesia, Fedi Nuril. Sebelum ini, nama Fedi mula menjadi sebutan ramai selepas membintangi filem Ayat-Ayat Cinta.
Bukan itu saja, Fedi Nuril juga sangat sinonim dengan watak suami yang mempunyai dua isteri. Tapi menurutnya ia hanya dalam filem sahaja dan tidak sesekali akan terjadi dalam hidupnya.
“Saya sendiri tahu sangat sukar jika menjadi suami yang mempunyai dua isteri. Susah untuk bersikap adil dan ikhlas mencintai.”
Disebabkan sering mendapat watak suami beristeri dua, Fedi tidak dapat lari dari peminat yang pernah menawarkan diri untuk menjadi isteri keduanya.
“Ada saja peminat yang mahu menawarkan diri menjadi isteri kedua. Tapi belum lagi sampai tahap serius sehingga muncul di depan rumah.
Jika perkara tersebut terjadi, saya pun akan lari,” ujarnya ketika ditemui selepas tayangan perdana Surga Yang Tak Dirindukan 2, malam semalam.
0 comments