Monday, February 27, 2017

Jihan Muse Tidak Tertekan Soal Zuriat

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan untuk menimang cahaya mata, begitu juga dengan Jihan Muse. Bagaimanapun apabila berbicara soal anak, ia haruslah berbalik kepada rezeki. Dengan itu Jihan tidak terlalu tertekan memikirkan soal zuriat biarpun ramai pihak sering bertanyakan mengenainya selepas hampir setahun berkahwin.

BACA: Jihan Muse Nafi Sara Hidup Suami

“Soal anak memang kami tidak merancang, kalau ada memang kami sudah sedia. Cuma dalam keadaan ini saya dan suami masih menunggu. Apabila orang kata tidak mahu anak kerana takut karier terganggu, bagi saya semua itu tidak benar, sebab saya yakin dengan rezeki ditentukan”

“Sebenarnya keluarga tidak pernah bertanya soal ini malah perkahwinan sebelum ini juga saya alami keadaan yang sama. Jadi soal tekanan itu memang tidak ada. Saya dan suami biasa-biasa sahaja apabila ditanya soalan ini,” jelasnya kepada Utusan Online mengenai isu anak.

Terdahulu timbul isu dimana Jihan dikatakan menyara suami dek kerana keriernya dilihat lebih rancak berbanding suami. Bagaimanapun Jihan menafikannya dan menjelaskan bahawa suaminya tahu menjalankan tanggungjawabnya dan mampu menanggung beliau. Rezeki bukan kerja manusia untuk menghakimi, apa yang pasti doakan yang baik sahaja. (rtky/w)

Load disqus comments

0 comments