Thursday, February 23, 2017

Scha al-Yahya Nafi Hamil Lagi

Susulan gambar yang dimuat naik oleh Awal Ashaari semalam mengundang spekulasi mengatakan isteri pelakon itu, Scha al-Yahya hamil anak kedua, Scha tampil menafikan perkara berkenaan. Jelasnya mungkin jenis kain baldu yang dipakainya di dalam gambar tersebut tebal menyebabkan perutnya kelihatan sedikit besar seperti sedang hamil.

BACA: Scha al-Yahya Hamil Anak Kedua?

“Taklah. Secara logik pun, saya kini kerap bersenam secara intensif dengan jurulatih kecergasan. Tidak mungkin saya masih aktif bersenam sebegitu rupa kalau sedang hamil. Saya andaikan, orang beranggapan saya hamil kerana baju itu memang menampakkan saya sedikit besar dan kembang. Kita semua tahu, kain baldu memang tebal”

“Ia benda yang baik. Kalau betul saya hamil, kenapa perlu dinafikan. Semua orang juga tahu, sebelum ini saya berusaha dan mencuba agak lama untuk mendapatkan Lara. Jadi, jelas peminat mahu saya hamil anak kedua pula. Ia juga seperti doa dan saya bersyukur kerana ada yang terus mendoakan buat saya,” katanya kepada Berita Harian Online.

Bagaimanapun Scha menganggap dakwaan orang ramai yang menyangka dirinya hamil adalah satu doa dari peminat seperti mana sebelum ini juga pasangan itu menunggu agak lama menantikan kehadiran Lara Alana. Terdahulu gambar yang dimuat naik Awal di Instagram mula dibanjiri dengan ucapan tahniah kerana menyangka Scha telah hamil lagi. (rtky/w)

Load disqus comments

0 comments