PULAU PINANG - Seorang penunggang motosikal cedera di bahagian dahi selepas terlibat dalam kemalangan di susur naik ke Jambatan Pulau Pinang, dari arah pulau, semalam.
Dalam kejadian jam 7 petang semalam, Nur Aziyaty Abdul Azizi, yang menunggang motosikal dipercayai dilanggar sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih sebelum melarikan diri meninggalkan mangsa yang cedera.
Suami mangsa, Mohd Shafiz Azizi, berkata, kejadian yang hampir meragut nyawa isterinya itu berlaku di depan matanya sendiri.
"Ya Allah, hanya tuhan saja yang faham perasaan saya pada saat ini, isteri kemalangan di depan mata," tulisnya di Facebook semalam.
Menurut Mohd Shafiz, isterinya cedera di bahagian dahi dan luka akibat kemalangan itu juga agak dalam.
"Luka di dahinya agak dalam. Tangan dan kaki isteri juga bakal dibedah," tulisnya.
Justeru, Mohd Shafiz meminta bantuan orang ramai untuk mengesan pemandu Myvi berkenaan agar tindakan dapat diambil terhada pemandu itu. - The Reporter
0 comments