Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya orang yang membawa seberkas kayu di atas belakangnya adalah lebih baik daripada dia meminta-minta daripada orang lain sama ada diberi atau pun tidak”.
Huraian Hadith:
- Islam menggalakkan umatnya supaya mencari rezeki yang halal dengan hasil usaha sendiri kerana ia akan diberkati oleh Allah SWT.
- Sifat suka meminta-minta daripada orang lain adlaah antara sifat yang dikeji oleh Islam. Oleh itu setiap orang Islam hendaklah menjauhi daripada sifat demikian.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
via Bin Usrah
0 comments