Monday, February 13, 2017

“Dulu Saya Selalu Ke KLCC Naik Motosikal”

Setiap orang mempunyai perjalanan hidup yang berbeza dan bagi Fattah Amin, perkara tersebut adalah lebih sesuai untuk dibukukan. Namun dalam masa yang sama, buku Fattah mendapat kecaman hebat pula kerana tidak kena pada ‘selera’ warga laman sosial.

BACA: Sharnaaz Ahmad Sindir Fattah Amin Di Twitter?

Turut dikecam pelakon Sharnaaz Ahmad, Fattah menjelaskan kepada Harian Metro bahawa pengisian buku tersebut adalah berkaitan dengan kehidupannya selain untuk memberi inspirasi kepada orang lain di luar sana.

Mereka hanya membaca tanpa berfikir maksud tersirat. Setiap kata-kata dalam buku itu berkaitan dengan kehidupan saya yang asalnya bukan sesiapa. Bak kata pepatah Inggeris, from zero to hero

“Selain itu, saya juga mahu memberi inspirasi terutama kepada adik-adik kecil untuk membesar dengan baik dan meletakkan impian dan strategi untuk berjaya dalam hidup,” jelasnya kepada portal berita tersebut.

Sementara itu, Fattah turut mempunyai jawapan mengapa dia menulis – “Aku dulu selalu berangan nak gi KLCC nak bawak kereta aku sendiri dan parking valet. Ternyata kini telah termakbul hahaa…kelakar kan”.

“Dulu saya selalu ke KLCC menaiki motosikal. Apabila melihat orang lain membawa kereta dan parkir di valet, saya juga menyimpan impian itu kerana tidak semua orang mampu. Jadi, mesej yang cuba disampaikan adalah saya sebenarnya kena berusaha lebih untuk menjadi orang yang hebat. Impian lalu adalah sumber inspirasi kepada saya,” katanya.

Sementara itu, menerusi mStar Online, Fattah menyifatkan kecaman yang dihadapinya kini adalah dugaan. Okay Fattah. Okay. (rtky/s)

Gambar Ihsan: MSREEN ART GALLER

Load disqus comments

0 comments