Tuesday, February 7, 2017

Fattah Amin Mahu Neelofa Bahagia

Biarpun hubungan cinta diantara mereka hanya sementara namun Fattah Amin tenang menerima pengakuan eksklusif Neelofa yang kini sedang rapat dengan seorang jejaka kerabat diraja baru-baru ini. Dalam masa yang sama, jelasnya lagi sebagai sahabat beliau tetap mendoakan yang terbaik selain ingin melihat Neelofa menemui kebahagiaan.

BACA: “Ya, Kami Pernah Bersama Sebelum Ini”

“Sebagai kawan dan juga sahabat, saya mendoakan kebahagiaan dalam apa sahaja keputusan yang dilakukannya. Saya juga sentiasa memberi sokongan apa yang baik untuk kehidupan dan masa depan dia. Saya tidak boleh komen lanjut kerana ianya melibatkan banyak pihak dan saya tidak mahu kenyataan saya akan menimbulkan perkara yang buruk”

“Saya sangat terharu sokongan peminat yang masih kuat terhadap kami walaupun drama Suri Hati Mr Pilot sudah lama berakhir. Saya mahu mereka terus menyokong kerjaya kami selepas ini biarpun kami mempunyai pasangan masing-masing,” katanya kepada m Star Online dengan tenang mengulas lanjut pengakuan Neelofa semalam.

Enggan mengulas lanjut mengenai hubungan mereka, Fattah berharap peminat yang mengharapkan beliau dan Neelofa bersama hingga ke jinjang pelamin akan terus menyokong walaupun mereka tidak lagi bersama. Terdahulu, Neelofa ada membuat pengakuan bahawa dirinya kini sedang rapat dengan seorang kerabat diraja dari Selangor. (rkty/w)

Load disqus comments

0 comments