Saturday, February 18, 2017

“Fattah Amin Tak Buat Salah Dengan Dia”

Tidak mahu perdebatan di laman sosial berterusan seterusnya menjejaskan ikatan kekeluargaan mereka, Neelofa menjelaskan bahawa dia rasa bertanggungjawab menegur Sharnaaz Ahmad berkenaan isu pelakon tersebut yang kecoh di laman Twitter baru baru ini.

BACA: Neelofa Tidak Setuju Cara Sharnaaz Ahmad

“Saya sudah memberi kenyataan berhubung perkara itu dan berharap selepas ini semuanya akan baik-baik sahaja. Cuma ingin saya tekankan, dalam soal ini kita yang berada di dalam industri kalau boleh jangan campur hal oarng sebaliknya hormat dan saling menyokong antara satu sama lain”

“Sebenarnya saya rasa bertanggungjawab untuk menegur dia (Sharnaaz) disebabkan orang yang dimaksudkan itu (Fattah Amin) tidak buat salah dengan dia.,” katanya kepada mStar Online.

Namun dalam masa yang sama, usahawan wanita ini juga dalam masa yang sama mengakui bahawa dia bimbang jika tegurannya itu bakal menjejaskan hubungan kekeluargaan kerana Sharnaaz bakal berkahwin dengan kakaknya tidak lama lagi.

Apa pun, setiap perkara boleh diselesaikan dengan cara baik dan pastinya perjalanan masa itu sendiri akan menyembuhkan situasi. Lagipun industri hiburan di Malaysia bukanlah sebesar mana. (rtky/s)

Load disqus comments

0 comments