Sunday, February 5, 2017

Hanis Zalikha Dikongkong Suami?

Agak lama juga tidak nampak kelibat Hanis Zalikha di kaca televisyen sekarang, apalagi sejak berkahwin setahun yang lalu, kalau dulu boleh tahan aktif juga beliau berlakon dan mengacara. Dengan itu, ada juga sesetengah pihak mula mempersoalkan apakah Hanis dikongkong suami untuk melupakan bidang seni dan hanya fokus kepada keluarga.

BACA: Hairul Azreen, Hanis Zalikha Selamat Timang Anak Pertama

“Tawaran untuk kembali ke lokasi drama dan juga pengacaraan masih ada. Begitupun, dengan kekangan masa dan tumpuan sepenuhnya terhadap Yusuf selain untuk menguruskan perniagaan saya terpaksa menolak dengan berat hati”

“Ketika ini keutamaan saya memang lebih kepada keluarga. Pada masa yang sama tidak timbul soal saya dikongkong suami kerana keputusan yang datang itu diputuskan secra perbincangan bersama,” katanya kepada Berita Harian Plus.

Selain itu apabila ditanya mengenai perancangannya di dalam karier seni, Hanis lebih selesa memikirkan perkara semasa dan hanya memikirkannya apabila ia sudah hampir untuk terjadi tanpa perlu merancang berlebihan. Malah katanya lagi, suaminya sangat menyokong kerjayanya dan pada ketika ini keluarga merupakan keutamaan mereka berdua. (rkty/w)

Load disqus comments

0 comments