Wednesday, February 1, 2017

Jangan buat bayaran deposit beli/sewa selagi tak tengok rumah



Ada seorang rakan mengadu kepada saya tentang penipuan penyewa yang dijalankan dalam group-group sewa/beli rumah di seluruh daerah Lembah Klang. Modus operandinya, si penipu pada ketika mempromosikan rumah sewa akan mengaku bahawa dia adalah agent. 

Terus tanpa berfikir panjang, rakan saya terus deal dengan individu berkenaan. Si penipu kata nak lock dulu sebab tak nak bagi penyewa agent yang lain dapat. Kemudian disuruh pula bank in RM750 + RM300 untuk bayaran deposit api air untuk lock. 

Keesokkan harinya, dia kata ade agent lain yang nak ambil rumah itu kononnya penyewa lain nak bayar full deposit 1+1+300. Yelah, saya pun faham bila kita dah bayar untuk lock, tiba-tiba agent itu kata ada bakal penyewa dari agent lain nak buat full payment. Pemilik rumah pula suruh ambil penyewa yang nak buat full payment berkenaan.

Jadi rakan saya yang kurang ilmu tentang hartanah ini pula tak nak rumah itu jatuh ke tangan orang lain, lalu buat pembayaran RM750. Bila nak pergi tengok rumah, si penipu itu pula kata pemilik rumah nak out station dan disuruh bayar sewa bulan pertama RM750 lagi. 

Kalau dah tengok dan tidak berminat, dia akan pulangkan balik wang deposit dengan sewa bulan pertama. Malangnya, bila kesemua wang itu telah dibayar, si penipu itu terus senyap dan menghilangkan diri. 

Kepada anda semua, jika anda kurang ilmu tentang hartanah dan bila ada seseorang itu mengaku bahawa dia adalah agent, minta sijilnya yang menunjukkan bahawa dia telah berdaftar di bawah BOARD Malaysia. Selain itu minta dia tunjukkan kad namanya sebagai agent. Jika kedua-dua tuntutan ini tidak dipenuhi, maka berhenti berurusan dengan individu berkenaan. 

Kedua, jika dia meminta bayaran deposit untuk lock rumah itu bagi pihak anda, jangan terperdaya dan terus buat pembayaran selagi anda tidak membuat sesi lawatan ke tempat yang anda mahu beli atau sewa. Jika individu itu tetap berdegil dan memaksa anda berbuat demikian, jangan layan. 

Andai kata anda sudah tersilap langkah dan telah membuat pembayaran deposit sedikit untuk lock rumah tersebut sebelum membuat sesi lawatan, kemudian si penipu itu pula kata ada bakal penyewa dari agent lain yang nak buat pembayaran penuh, jangan teruskan pembayaran anda. Ini kerana bila rumah sudah di'lock, etika dan adabnya adalah pada kita, bukan pada orang lain yang datang selepas kita. 

Kalau si penipu kata rumah sudah dibayar penuh oleh bakal penyewa agent lain, minta wang deposit dikembalikan. Kalau dia memberikan banyak alasan, sudah sah dia adalah penipu dan berhenti berurusan dengannya. Sekurang-kurangnya anda tidak ditipu di langkah kedua. Mungkin anda akan rugi tetapi belajarlah sesuatu daripada kes-kes seperti ini. 

Ingat, jangan bayar apa-apa selagi anda belum melihat rumah itu sendiri. Kalau nak buat pembayaran deposit, pastikan anda mendapat kunci rumah itu sekali dan mohon agent berkenaan buatkan kontrak sewaan bertulis yang mempunyai duti setem di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Load disqus comments

0 comments