Sunday, February 5, 2017

Jep Sepahtu Nafi Bakal Bertunang

Baru sebentar tadi peminat bersorak kegirangan mendengar gosip mengatakan Jep Sepahtu dan Sari Yanti bakal mengikat tali pertunangan pada bulan ini, tidak mahu spekulasi berterusan Jep tampil menafikan berita berkenaan. Tidak mengulas panjang mengenai gosip tersebut, Jep memberitahu mereka masih tiada perancangan ke arah itu.

BACA: Jep Sepahtu Dan Sari Yanti Bertunang Bulan Ini?

“Bertunang? tak ada lah, mana ada. Saya tak baca pun apa yang keluar dan tidak tahu apa-apa mengenainya. Kami memang tiada perancangan untuk bertunang,” jelasnya yang enggan mengulas panjang mengenai gosip mengatakan mereka bakal bertunang kepada Astro Gempak.

Sebelum ini, menerusi ruang gosip Diva di Kosmo Online, pasangan ini dikatakan akan melangsungkan majlis pertunangan pada bulan ini juga. Kalau diikutkan agak cepat juga mereka ingin melangkah ke fasa seterusnya selepas desas-desus mengatakan mereka seakan sedang dilamun cinta beberapa bulan lalu walaupun masing-masing masih berteka-teki.

Mungkin mereka mengambil langkah perlahan-lahan dalam hubungan, tetapi yang pasti Jep sudah menafikan gosip berkenaan. Apapun doakan saja yang terbaik buat mereka, jika benar berita pertunangan itu pasti Jep mahupun Sari Yanti akan berkongsikan berita itu kepada semua. (rkty/w)

Load disqus comments

0 comments