Monday, February 13, 2017

Ketahui Perangai Lelaki Apabila Berusia 40 Tahun

Mengikut kajian dan banyak situasi, usia lelaki untuk berubah adalah sehingga umur 40 tahun. “Life begins at 40”. Mesti anda pernah dengar ungkapan ini bukan?

40

Angka 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru dan juga semakin matang.

Manakala bagi bagi wanita pula, usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif dan selalu dikatakan dengan 'saham' yang mula menurun.

Namun, untuk lelaki kononnya pada usia 40 inilah tahap ‘kemiangan’ lelaki dikatakan semakin meningkat! Adakah ini benar?

Jom ketahui perangai lelaki ketika mencecah 40 tahun ini.

Miang

Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa perangai lelaki memang miang apabila mencecah umur 40 tahun.

Antara alasan yang popular ialah suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga dan juga suami kahwin baru.

Masalah ini merupakan masalah yang paling ditakuti wanita kerana lelaki yang terlalu ego akan menganggap dirinya berkuasa dan layak untuk menundukkan semua wanita serta layak dikelilingi oleh lebih dari seorang wanita dalam satu masa.

Lebih parah jika mereka memilih anak dara seusia anak sulungnya atau perbezaan umur melebihi 10 tahun atau 15 tahun ke atas.

Tidak Bertanggungjawab

Ada juga perangai lelaki yang terus berubah sepenuhnya ketika berumur 40 tahun ini.

Tanggungjawab sebagai ketua keluarga terus hilang kerana hanya mementingkan penampilan diri tanpa menghiraukan makan minum isteri dan anak-anak di rumah.

Isteri dan anak-anak dibiarkan kelaparan, sedangkan dia sedang enak menjamu selera dan bermadu kasih bersama kekasih baru di luar.

Isteri jugalah terpaksa mengambil alih sehingga ‘tidak cukup tangan’ melayan anak-anak, menyediakan makan-minum suami dan anak-anak, membayar bil-bil dan sebagainya.

Hilang Kehangatan Asmara

Sudah menjadi lumrah manusia terutamanya golongan hawa untuk sentiasa mendapat perhatian dan belaian daripada seorang yang bernama lelaki.

Keletihan seorang isteri bakal reda dan hilang sekelip mata hanya dengan ciuman, pelukan atau pujian daripada suami tercinta namun, semua ciuman, pelukan mahupun pujian ini terus hilang apabila lelaki mencecah umur 40 tahun.

Pandang isteri pun seperti nak tak nak sahaja. Sudah pasti perangai lelaki ini mengecewakan hati si isteri.

Selain itu juga,anda juga boleh melihat perangai lelaki yang berubah ketika usia mencecah 40 tahun seperti:
  • Berlebihan membeli pakaian baru dan mengambil masa yang lebih untuk kelihatan tampan dan bergaya.
  • Perubahan kepada stail rambut.
  • Melepak dengan generasi yang berbeza.
  • Tiba-tiba bersungguh-sungguh menjaga kemudaan dan ketampanan wajah.
  • Membeli kereta pacuan empat roda atau motosikal berkuasa tinggi.
  • Berkira-kira mahu tukar kerjaya kerana bosan dengan kerjaya sekarang.
  • Mencuba pelbagai jenis dan cara diet.
  • Melanggan majalah khas untuk lelaki.
  • Ingin sentiasa mempunyai gajet terkini seperti telefon pintar.
  • Menyembunyikan umur sebenar.
  • Mula mendengar lagu-lagu Indie atau lagu-lagu yang lebih ‘muda’.
  • Memaksa anda untuk berpakaian seperti orang ‘muda’.
  • Sukakan pakaian berwarna terang dan yang ketara tidak sesuai dengan peringkat umur.

Tips Mengatasi Perangai Suami Yang Miang

Berikan Layanan ‘A+’

Sudah tiba masa untuk anda lakukan perubahan diri. Tampilkan semula kecantikan anda yang dahulu ketika suami anda sedang tergila-gilakan anda ketika muda.

Hiaskan diri anda. Sambutlah kepulangan dia dengan senyuman bukannya leteran dan ucapkan perkataan yang membolehkan dia merasai dirinya dihargai.

Biarkan dia melakukan aktiviti seperti membaca,menonton televisyen dan buatkan minuman kesukaannya. Layanlah suami anda seolah-olah dialah RAJA dengan sebaiknya ketika si dia sangat memerlukan.

Hangatkan kembali asmara anda berdua. Tiada sebab seorang lelaki hendak bersusah payah mencari di luar jika dia boleh mendapat kesemuanya di rumah.

Terapkan Suasana Keimanan Dalam Rumah Tangga

Memang nafsu masih menggila tetapi apabila melihatkan anda yang semakin cenderung ke arah keagamaan, sedikit sebanyak timbullah perasaan untuk membuat perubahan diri.

Kerapkan membaca Al-Quran, bangun solat tengah malam dan membuka rancangan-rancangan agama di radio mahupun televisyen.

Anda juga boleh mengajak suami anda untuk menemani anda mendengar ceramah agama di di mana-mana tempat yang anda mahu. Gunakan peluang ini untuk keluar bersama sambal menginsafi diri.

Letakkan juga buku-buku motivasi keagamaan di atas meja di ruang tamu. Jika dia tidak mahu membaca sekalipun, moga-moga tajuk-tajuk berkenaan cukup memberikan hentakan di hatinya.

Siapa tahu usaha ini sedikit sebanyak membuatkannya segan kepada diri sendiri.

BACA INI JUGA: 14 Petua Mencari Isteri Yang Cantik

Sumber: wom

from SentiasaPanas http://ift.tt/2lDb0Dk via IFTTT
via OhKisahnya
Load disqus comments

0 comments