Thursday, February 16, 2017

Lebar Sayap Ke Indonesia, Nora Danish Idam Menang Anugerah

Pejam celik sudah hampir 13 tahun Nora Danish bergelar anak seni dan juga pelakon. Mesti ramai masih ingat lagi kemunculan pertama Nora dalam drama Puteri. Baru-baru ini, Nora melebarkan sayapnya ke negara seberang dan muncul dalam filem blockbuster – Surga Yang Tak Dirindukan 2.

BACA: Nora Danish Sah Kahwin Tahun Ini

“Ini pengalaman paling bermakna dalam karier saya. Saya sangat bertuah kerana dipanggil untuk turut serta dalam filem ini sedangkan banyak pelakon hebat yang lain. Saya percaya ini rezeki buat saya,” katanya.

Tambah Nora, walaupun sudah berlakon di negara seberang, dia masih belum rasa puas dan idamkan anugerah dari segi bakat lakonannya.

“Walaupun sudah berlakon di Indonesia, perjalanan lakonan saya masih jauh lagi.Saya idamkan untuk menang anugerah,” katanya dalam sidang media selepas tayangan perdana Surga Yang Tak Dirindukan 2, malam semalam.

Menurut Nora lagi, dia impikan untuk berlakon dalam drama cinta bersiri untuk lebih diingati dan populariti.

Tahun ini, Nora bakal muncul dalam satu lagi filem cinta, ‘Bukan Cinta Malaikat’, gabungan produksi Malaysia dan Indonesia lakonan bersama Asyraf Muslim dan pelakon Indonesia Fachri Albar. (rtky/h)

Load disqus comments

0 comments