Monday, February 6, 2017

Neelofa Enggan Ulas Hubungan Dengan Kerabat

Tidak mahu berselindung di sebalik khabar angin yang mendakwa Neelofa kini sedang menjalin hubungan bersama kerabat diraja, Neelofa melalui Harian Metro mengakui berkawan dengan seorang kerabat diraja dari Selangor.

BACA: “Ya, Kami Pernah Bersama Sebelum Ini”

“Anda sendiri bijak untuk menilai adakah saya layak untuk bercakap mengenai hal ini. Dengan kedudukan saya sebagai selebriti, saya tidak boleh lari daripada andaian orang,” kata Neelofa yang turut menyatakan bahawa pihak keluarganya tidak pernah bertanya mengenai hal berkenaan.

Enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut, gosip mengenai Neelofa dan kerabat diraja ini mula tersebar dan diperkatakan di laman sosial.

Malah ada peminat yang mendakwa lelaki terbabit menghantar Neelofa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika pelakon itu menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya baru-baru ini kerana ternampak kereta milik kerabat diraja itu lapangan terbang berkenaan. (rtky/s)

Gambar Ihsan: Matt1100k

Load disqus comments

0 comments