Tuesday, February 14, 2017

Pengakhiran Surga Yang Tak Dirindukan 2 Buat Penonton Menangis

Jika anda peminat filem box office Indonesia Surga Yang Tak Dirindukan, pasti anda ternanti-nanti sekuel filem tersebut yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia 16 Februari ini.

Filem yang diangkat dari novel popular ini memaparkan jalan cerita penuh perasaan dan berkisarkan tentang hidup berpoligami, serta pengorbanan seorang isteri untuk menerima kehadiran wanita lain.

Filem ini dibintangi oleh pelakon blockbuster Indonesia seperti Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella, Raline Shah, Reza Rahadian serta penampilan istimewa pelakon dari Malaysia, Nora Danish.

Sekilas mengenai sinopsis filem Surga Yang Tak Dirindukan 2, mengisahkan sepasang suami isteri Pras (Fedi) dan Arini (Bella) kembali meneruskan kehidupan bersama puteri mereka, Nadia setelah isteri kedua Meirose (Raline) membawa diri. Arini mendapat undangan ke Budapest, Hungaria untuk mempromosikan bukunya.

Tanpa diduga, takdir menemukan mereka sekeluarga bersama Meirose dan anaknya Akhbar. Pemergian Meirose bersama Akhbar dahulu adalah mula hidup baru demi melupakan masa lampau yang hampir menghancurkan rumahtangga Arini.

Meskipun Meirose masih menyintai Pras, dia tekad untuk diceraikan. Namun, pertemuan semula dengan Arini membuatkan dia berbelah bahagi kerana dia mengharapkan Meirose kembali ke pangkuan Pras.

Namun, kehadiran Doktor Syarief (Reza) dalam hidup Meirose menimbulkan tanda tanya Apakah kesudahan kisah mereka? Sejuta pertanyaan dan kejutan mewarnai SYTD2.

Load disqus comments

0 comments