Monday, February 13, 2017

“Saya Tidak Mahu Susahkan Suami”

Dijangka bersalin pada penghujung Febuari ini, Stacy Anam tidak mahu membebankan suaminya, Akim Ahmad yang sibuk bekerja dengan mengidam yang bukan-bukan. Dengan itu, Stacy memilih untuk menyediakankan sendiri makanan yang dingininya.

BACA: Akim Ahmad Tak Sangka Gambar Stacy Cetus Kecaman

“Alhamdulillah saya tidak mengidam makanan pelik atau sukar ditemui sepanjang kehamilan. Biasanya saya teringin menikmati hidangan negeri kelahiran saya, Sabah tetapi ia boleh disediakan sendiri. Saya tahu kesibukan harian Akim. Saya tidak mahu menyusahkan beliau dengan pelbagai ragam. Lagipun suami sibuk demi mencari rezeki buat kami sekeluarga”

“Sukar untuk saya ungkapkan betapa mudah saya melenting atau menitiskan air mata hanya disebabkan perkara kecil. Kadang kala, ia boleh menjadi bahan gaduh dengan Bella. Nasib baik Akim memahami keadaan saya dan sentiasa sabar melayan kerenah sepanjang kehamilan,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai keadaannya ketika hamil.

Bak kata orang wanita yang sarat megandung ini memang mempunyai pelbagai ragam, begitu juga dengan Stacy yang mengakui dirinya beremosi pada ketika ini. Bagaimanapun, beliau bersyukur adanya Akim yang sentiasa sabar melayan kerenahnya serta memahami keadaan dirinya. (rtky/w)

Load disqus comments

0 comments