Jika sebelum ini Kamal Adli pernah menolak dakwaan mengatakan hubungan cintanya bersama Emma Maembong berantakan kerana orang ketiga, kini timbul pula nama Fathia Latiff yang dikaitkan sebagai orang ketiga itu. Bagaimanapun, Fathia menafikan sekerasnya dakwaan itu dan menjelaskan bahawa hubungannya bersama Kamal hanyalah atas dasar profesional.
BACA: Buka Aurat Di Luar Negara, Fathia Latiff Dikritik
“Kalau benarlah dakwaan tersebut wujud, bagi saya itu hanyalah khabar angin. Kami hanya berlakon bersama, kenalah profesional. Lagipun sebagai pelakon, Emma atau sesiapapun perlu bersikap profesional. Dulu pun dia ada pernah berlakon bersama Aiman, saya tidak pernah cemburu apa pun,” katanya kepada Projek MMO berhubung dengan perkara itu.
Terdahulu, hubungan cinta diantara Kamal dan Emma dilihat renggang berikutan masing-masing tidak lagi memuat naik gambar bersama di laman sosial seperti sebelum ini. Menyedari hal tersebut, Kamal menafikan dakwaan terdapat pihak ketiga didalam hubungan beliau dan merasakan kesalahan itu berpunca daripada dirinya sehingga membuatkan kekasih terasa hati.
Bagaimanapun, Emma memilih untuk berdiam diri dan enggan memberikan sebarang komen apabila ditanyakan mengenai kontroversi hubungan cinta beliau bersama Kamal yangs sedang bergolak. Walau apapun, semoga segala permasalahan yang wujud diantara beliau dapat diselesaikan dengan cara yang baik jika betul tidak membabitkan pihak ketiga. (rkty/w)
0 comments