Selepas Setahun Dikebumikan, Ayah Muncul Depan Rumah
Ini merupakan kisah benar yang berlaku di negara jiran, Indonesia.
Ahli keluarga terkejut dengan kemunculan ayahnya yang tiba-tiba mengetuk pintu rumah walhal ayahnya yang bernama Waluyo telah meninggal dunia dan dikebumikan setahun yang lalu.
Anak perempuan Waluyo telah membuka pintu dan terpaku setelah melihat ayahnya berdiri didepan rumah mereka.
Ini komen anaknya itu:
“Terkejut ibu tanya ini siapa. Lihat kakinya enggak ngambah lemah (menyentuh tanah) enggak ya. Tapi, memang benar itu bapa. Semua warga juga terkejut,”
“Mungkin dulu itu gelandangan. Tapi wajahnya persis, tinggi badan sama bajunya juga mirip,”
Setahun yang lalu, seorang lelaki telah meninggal akibat dari kemalangan jalan raya dan sememangnya lelaki itu adalah amat mirip wajah ayahnya, malah pakaian yang dipakai juga seperti ayahnya.
Waluyo yang berumur 62 tahun, sememangnya jarang pulang ke rumah kerana bekerja sebagai pemandu beca. Namun Waluyo dikatakan hilang selama setahun itu kerana tiada telefon bimbit untuk menghubungi keluarganya dan bekerja di Semarang sebagai tukang sapu.
The post Selepas Setahun Dikebumikan, Ayah Muncul Depan Rumah appeared first on PenMerah.com.
0 comments