Laporan Kegembiraan Dunia 2016 mendapati Denmark merupakan negara paling gembira untuk tahun ini dan berjaya menewaskan pesaing terdekatnya iaitu Switzerland.
Negara lain yang termasuk dalam senarai top 10 negara paling gembira ialah Iceland, Norway, Finland, Kanada, Belanda, New Zealand, Australia dan diikuti dengan Sweden. Yang mana kedudukannya adalah sama seperti tahun lepas.
Laporan ini adalah bertujuan mengukur kegembiraan sebagai cara menjadikan masyarakat lebih sihat dan cekap.
Pada tahun 2013, Denmark berada di tempat pertama namun kehilangan kedudukan itu kepada Switzerland pada 2015, kini mengambil semula gelaran sebagai negara paling gembira.
Sumber: Berita Harian
0 comments