Terbongkar Kisah Sebenar Video Anak Pukul Ibu Di Klinik Kesihatan
Baru-baru ini telah kecoh apabila satu rakaman video menunjukkan seorang wanita memukul kepala seorang warga emas di sebuh klinik kesihatan kerajaan.
Tindakan ‘kejam’ itu menimbulkan kemarahan orang ramai di laman sosial yang seterusnya kes itu menjadi viral dengan sekelip mata. Setelah tersebar, akhirnya muncul beberapa saksi yang menceritakan kisah sebenar di sebalik kes tersebut.
Menurut seorang saksi, wanita berbaju merah itu sememangnya anak kepada warga emas terbabit. Wanita berbaju merah itu sebenarnya kurang siuman dan mempunyai masalah mental.
Walaubagaimanapun, wanita itu sahaja yang mampu menjaga ibunya dan sering membawa ibunya ke klinik kesihatan ataupun hospital.
Sementara itu, seorang wanita yang dikatakan jiran mereka berdua mengesahkan perkara berkenaan. Saksi berkata mereka berdua adalah jirannya dan sememangnya wanita itu mempunyai sejarah masalah mental.
Namun, wanita itu sebenarnya tidak pernah mendatangkan bahaya kepada orang awam dan jarang bertindak ganas.
Itulah kenyataan dari beberapa saksi yang menerangkan kisah sebenar. Di harap kenyataan itu dapat meredakan sedikit kemarahan orang ramai. -PENEMRAHDOTCOM
The post Terbongkar Kisah Sebenar Video Anak Pukul Ibu Di Klinik Kesihatan appeared first on PenMerah.com.
0 comments