Thursday, August 4, 2016

Tips Untuk Hilangkan Dagu Berlapis

double-chin

Oleh Ezaura Rafe.
Jangan Tidur Siang

Tidur siang boleh menyebabkan muka kita sembab, wajah akan kelihatan “bengkak” dan membuatkan anda kelihatan berisi. Dagu akan mula berlapis jika sering tidur siang.

Urutan dibahagian Wajah

Urut wajah setiap hari untuk mengatasi lebihan lemak di bawah dagu. Caranya, dongakkan kepala, perlahan-lahan urut bawah dagu (dari leher menghala ke dagu). Urutan yang betul boleh melancarkan perjalanan darah dan boleh jadikan dagu anda runcing.

Pemakanan yang seimbang

Elakkan makanan yang berlemak yang boleh buatkan badan anda naik. Bentuk wajah akan turut terkesan apabila berat badan anda naik. Rata-rata wanita yang berbadan gempal mempunyai dagu berlapis.

Masker putih telur

Putih telur boleh menganjalkan kulit, caranya oleskan wajah dengan masker putih telur yang dicampur dengan perahan lemon. Amalkan tips ini seminggu 2 kali, InshaAllah bahagian dagu akan menjadi tegang dan halus.

Load disqus comments

0 comments