Nampaknya, ruangan Cik Pang di Harian Metro betul betul geram dengan sikap pelakon baru Raysha Rizrose kerana didakwa mula menunjukkan sikap diva tidak bertempat. Kata Cik Pang, sudah beberapa kali dia menerima khabar sedemikian.
BACA: Raysha Rizrose Tak Terkilan Dibayangi Populariti Kakak
“Kata teman Cik Pang, gadis itu difahamkan akan memberi macam-macam syarat jika mahu dipanggil bagi sesi fotografi bersama media. Antaranya, mahu jurusolek dan pakaian yang dipilih oleh dia sendiri. Kalau jurusolek atau pakaian tidak popular, dia enggan beri kerjasama”
“Bak kata orang, nak itulah! Nak inilah! Padahal kalau berurusan dengan adik-beradiknya yang lain seperti Nelydia dan Uqasha, tidaklah sampai bersyarat bagai bulan dan bintang,” tulis Cik Pang. Bagaimapun, pelakon ini belum lagi mengeluarkan sebarang berhubung perkara di atas.
Sementara itu, di Utusan Online pula, Raysha memberitahu bahawa dia adalah seorang yang mudah menerima teguran.
Malah menurutnya, dia juga pernah ditegur sendiri oleh pelakon dan pengarah Sabri Yunus, Saiful Apek, Razak Mohaideen, selain turut dinasihati oleh Fasha Sandha mengenai soal disiplin.
Apa pun, jika benar seperti yang didakwa, pesanan Cik Pang di akhir luahan perasaannya yang menyatakan bahawa Raysha boleh belajar daripada pengalaman adik-beradik lain yang sudah dulu makan garam dalam industri seni, tidak patut dipandang ringan. (rtky/s)
0 comments