Menyifatkan hubungannya bersama seorang pengacara belum mempunyai sesuatu yang istimewa, Rita Rudaini berkongsi kepada Utusan Online bahawa dalam masa yang sama dia mengakui kini agak rapat dan selesa berkawan lelaki tersebut.
BACA: Rita Rudaini Mengaku Rapat Dengan Donna Muslim
“Kalau bercakap tentang dia (Donna) memang saya akui selesa berkawan dengannya. Saya sendiri tak punya ramai kawan lelaki dan apabila ada keserasian rasanya tak ada masalah untuk mengekalkan silaturahim tersebut”
“Cuma yang boleh saya katakan masih terlalu jauh untuk membuat sebarang andaian buat masa ini. Biarlah masa yang menentukan. Untuk bercakap lebih tentang hubungan tersebut rasanya kurang sesuai”
“Yang boleh saya katakan mana-mana lelaki yang mahu menjalinkan hubungan cinta dengan saya perlu pandai mengambil hati kedua-dua anak saya dahulu,” jelas Rita sambil menyatakan bahawa jika hati anaknya sudah tertawan, maka semakin mudah hatinya tertambat dengan lelaki tersebut.
Tambah Rita, kadang kala datang juga perasaan takut untuk kembali bercinta namun kadang kala ibu tunggal ini juga terfikir, jika sudah ada lelaki yang berjaya menawan hati anak-anaknya, dia akan terus mahu berkahwin. (rtky/s)
0 comments