Sunday, September 18, 2016

Elizabeth Tan Dituduh Curi Suami Orang

Elizabeth Tan Dituduh Curi Suami Orang

eli

Penyanyi yang semakin popular, Elizabeth Tan kini sedang menempa nama di Malaysia setelah bakatnya mula dicungkil dari laman sosial YouTube.

Setelah mula dikenali ramai, nampaknya ada pihak yang kurang senang dengan Elizabeth Tan atau lebih mesra disapa Lizzie ini.

Dengan wajah yang jelita dan berbakat besar, Elizabeth Tan mendedahkan dia pernah dituduh cuba mencuri suami orang dan itu antara gosip terhebat yang melandanya.

Dengan pengalaman yang sedang dilalui sebagai artis, Elizabeth Tan kini menjadikannya sebagai ilham dainspirasi untuk membuat lagu terbarunya yang berjudul ‘Tabah’.

Ini komennya:

“Lagu Tabah bukan sebab putus cinta. Tetapi mengenai diri saya yang pernah dihentam dengan pelbagai perkara sejak berada dalam industri.

“Banyak sangat gosip tentang saya sehingga ada yang tuduh saya gatal, curi suami orang dan tak boleh menyanyi sehingga mengganggu mental saya.

“Sekarang saya boleh katakan yang saya sudah menjadi lebih tabah selepas melalui semua itu,” katanya kepada mStar Online.

“Saya lihat kritikan dan hentaman dengan cara yang matang. Jika apa yang dikatakan benar, saya ambil dari sudut positif.

“Jika hanya mahu menyakitkan hati, saya akan buat tidak tahu. Saya tidak akan layan,”

Semoga Elizabeth Tan berjaya dalam industri hiburan yang penuh ranjau ini. Jangan mudah mengalah, bertabahlah! – PENMERAHDOTCOM

The post Elizabeth Tan Dituduh Curi Suami Orang appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments