Keberkatan Yang Ramai Terlepas Pandang
Memang selalu kita lihat ada orang yang bergaji kecil tetapi hidup dalam keadaan serba serbi mencukupi. Makan minum cukup, barang kelengkapan cukup dan yang penting bahagia dalam kehidupan seharian.
Tetapi ada juga yang bergaji besar, hidup penuh tertekan, bila hujung bulan mula tak cukup duit dan sering hidup serba serbi tak mencukupi.
Sebenarnya, inilah yang dikatakan keberkatan. Kadangkala rezeki yang tidak diberkati memang susah untuk dinikmati dan sering mengalami kesukaran dalam kehidupan seharian.
Ini merupakan kisah yang dikongsi oleh seorang lealki yang amat berguna buat kita semua.
Jom baca:
Terlebih dahulu abang nak ucapkan terima kasih buat admin yang sudi approve confession abg sebelum ini.
Kali ni abang tergerak nak kongsi apa abang rasa bila bercakap bab syukur.
Abangni bukan baik sangat ye. Awal-awal abang ngaku ni…tapi abang usaha jugalah nak jadi baik walaupun abang bukan kategori baik sangat pun…penuh calar dan ketidaksempurnaan.
Haritu, abang hadapi masalah sikit. Masalah kewangan. Then nak minta pinjam dengan mak abang. Abang memang faham, mak memang tegas dan direct to the point je bila cakap. Tak tapis-tapis dah. So abang cakap macamnilah ala-alanya.
“Mak, kita nak pinjam duit sikit, dalam RM100.”
“Aik, mana pergi duit gaji kamu? Duit tak berkatlah tu. Orang lain gaji jauh lebih rendah dari kamu. Siap ada tanggungan anak-anak lagi, kamu ni just ada isteri seorang yang bekerja. Tapi masih tak cukup? Cuba belajar muhasabah diri sikit. Tengok mana yang kurang”
Berdesing jugalah telinga abangni. Maklumlah tak menyempat mak cakap duit abang tak berkat sebab itu tak cukup.
Abang pun diam sajalah. Tak tahu nak komen apa. Tapi lepas call mak tu, abang terfikir juga. Kenapa dan mengapa pendapatan abang ni asyik tak cukup je walhal kalau tengok jumlah gaji bersih abang ni, nak beli laptop rege RM 2000 setiap bulan pun lepas.
Then abang start buat research, baca buku bab keberkatan. Keberkatan rezeki dan keberkatan hidup. Kesan keberkatan dan sebagainya.
Then abang tengok gaji abang mula terfikir.
‘Apa aku buat dengan duit aku?’
‘Mana aku belanjakan’
‘Dah terlangsai ke tanggungjawab aku untuk sempurnakan yang hak atas gaji aku’
Dari sebuah artikel abang dapat sesuatu. Bab nak dapat berkat ni banyak cara. Yang penting dari keberkatan itu kita dapat kecukupan dan ketenangan hidup.
Perkara Utana yang perlu kita buat untuk buka jalan keberkatan hidup ialah kepada mak ayah dulu.
Kena tanya diri:
1) Kalau kita stay berjauhan dengan mak ayah, berapa kali kita call mak ayah kita seminggu? Tanya khabarke atau ambik tahu keadaan mereka?
2) Berapa kali kita minta maaf? Samada kita salah atau tidak. Janji kita tak akibatkan mak ayah terasa hati (sebab andai mak ayah terasa hati, automatik pintu keberkatan susah nak terbuka)
3) Berapa kali kita doakan mak ayah kita sehari dan meminta mak ayah kita doakan kita juga?
4) Apakah kita dah cukupkan keperluan hidup mak ayah kita?
5) Berapa kerap kita berjumpa dengan mak ayah kita seminggu? Sebulan? Setahun?
Then kita senaraikan jawapan dan nilaikan serta improve. Bila semua ni dah settle baru pintu keberkatan akan terbuka untuk kita masuk.
Time melangkah…baru pintu mendapat keberkatan lain pula akan kelihatan, kita kena lalui tanpa mengabaikan ibubapa.
Untuk Isteri dan anak-anak.
Dah cukupkah tanggungjawab kita menyempurnakan keperluan mereka. Keperluan didikan agama, kasih sayang dan keperluan material?
Dari sini pintu andai kita sempurnakan maka keberkatan kita akan terbuka lagi…
Then kita akan nampak pintu lain dan lain dan lain…
Apa yang pasti setiap pintu adalah merupakan tanggungjawab untuk kita sempurnakan dan jalankan untuk mendapat keberkatan hidup.
misalnya
PINTU REZEKI
DARI MENERIMA GAJI
Kita kena sucikan gaji kita dulu untuk cukupkan gaji itu dengan ZAKAT.
Baki selepas tolak zakat di tolak 30% untuk simpanan.
Then baru mulakan operasi dapatkan berkat melalui penggunaan gaji. Kita sempurnakan keperluan orang-orang berikut mengikut turutan:
1. Diri.
2. Isteri.
3. Anak-anak.
4. Ibubapa.
Bakinya selepas diberi kepada tiga tanggungan di atas kita bahagi kepada nisbah 50:50
50% pertama untuk kehendak isteri, anak-anak dan ibubapa selagi kehendak itu logik dan adil.
50% lagi dari jumlah itu dibahagukan mengukut nisbah 60:20:20
60% untuk sempurnakan keperluan adikberadik
20% untuk sedekah ke mana-mana saja badan kebajikan atau yang memerlukan
20% untuk sempurnakan keperluan kawan-kawan (misalnya kut2 ada yang perlukan pertolongan atau nak pinjam dengan syarat bukan berulang kalau nak pinjam).
Kenapa abang masukkan kawan-kawan dalam gaji kita sebab abang pernah terbaca yang dalam setiap rezeki kita ada hak orang lain yang perlu kita sempurnakan dan kongsi.
Itu dari satu info yang abang baca dari sudut pembahagian pendapatan.
Dari sudut lain cara nak dapat berkat ialah melalui cara kita bersyukur dengan kurniaan Allah SWT.
Misalnya bila dikurniakan kulit yang cantik tanpa jerawat atau penyakit. Cara bersyukur bukan saja dengan perkataan tapi juga usaha menjaganya.
So kita kena jagalah kulit tu, facial dan bersihkan serta buat ikut cara sepatutnya. Jangan buat sesuatu yang boleh merosakkan kulit. Peduli org cakap kalau lelaki buat facial itu tak macho…lelaki biar berjerawat sikit baru macho..lelaki biar hitam sikit baru gagah.padahal itu salah pada abang sebab kita kena jaga juga kurniaan Allah SWT itu sebab apa yang kita ada selain merupakan anugerah, semua itu juga merupakan amanah dan tanggungjawab untuk kita jaga. Dari situ kita dapat berkat berupa kesihatan dan hidup jadi lebih mudah dan tak perlu tahan sakit nak kena picit jerawat saja.
Bila kongsi info yang abang jumpa bab berkat ini. Baru abang perasan. Semua benda yang dijadikan Allah SWT untuk kita samada hidup atau tidak bernyawa merupakan amanah dan tanggungjawab.
Bila diberi kawan. Untuk dapat berkat melalui kawan itu ialah menjaga aibnya, saling tolong menolong, tak berkira, saling mengingatkan dan banyak lagi. Dari situ kita akan dapat keberkatan dari sudut rasa gembira dan dihargai. Hilang rasa sunyi dan kita mula sedar yang kita bukan sendirian bila ada masalah.
Itu tanda-tanda hidup kita berkat.
Hehehe…apapun abang just nak share untuk sama-sama kita muhasabah dan improve diri.
Hidup ni tak lama mana dik…
Tak berbaloi untuk kita nak pentingkan diri, sombong atau cari musuh. Janji kita kena bijak hadapinya dan pandai sesuaikan diri dengan keadaan. Hati-hati sokmo…
Semoga kita sama-sama beroleh keberkatan hidup kita di dunia dan di akhirat. Kerana melalui keberkatan itu kita akan sentiasa berada di dalam keredhaan Allah SWT.
Yang sentiasa tidak sempurna dan banyak kelemahan diri.
Perkongsian dari Abang F.
Memang bagus peringatan dari bro yang mahu dikenali sebagai Abang F ni. Sama-sama lah kita muhasabah diri kita. Yang asyik tak cukup duit tu bolehlah mula untuk amalkan apa yang Abang F pesankan itu -Penmerahdotcom
The post “Mana pergi duit gaji? Duit tak berkatlah tu…”- Keberkatan Yang Ramai Terlepas Pandang appeared first on PenMerah.com.
0 comments