Berita baik buat mereka di luar sana yang merasakan jodoh mereka semakin hampir, ini mungkin takdir anda atau tidak. Eizlan Yusof dalam satu kenyatannya kepada Kosmo! Online menyatakan bahawa dirinya sudah bersedia untuk bercinta semula.
BACA: Eizlan Yusof Komen Hubungan Bekas Isterinya, Zizan Razak
“Saya mengakui sudah membuka pintu hati mengenali wanita lain untuk dijadikan sebagai isteri tetapi buat masa sekarang tidak ada apa yang boleh dikongsikan. Insya Allah, sekiranya sudah sampai masa yang sesuai, saya akan kongsikan khabar gembira bersama peminat.
“Memang saya sedang mengenali seseorang tetapi tidak secara serius kerana kami hanya berkawan. Jika ada berita baik kelak saya akan beritahu anda semua,” katanya yang enggan memberi gambaran siapakah wanita tersebut.
Hasil perkahwinan dengan bekas isterinya dulu, Vie Shanti Harun, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, 8, Zareef Yusof, 6, dan Vie Zaalia, 2 tahun. Apa pun buat Eizlan Yusof, semoga semuanya baik baik belaka. (rtky/s)
0 comments