Terdahulu Nurul Hidayu mendedahkan suaminya menjalinkan hubungan cinta dengan pelajar tingkatan tiga sehingga pernah tidur bersama di katil kelamin mereka. Namun, suaminya tampil menafikan dakwaan itu semalam dan mendakwa Nurul Hidayu cuba mengaibkannya di media sosial.
"Kes ini jadi berat bermula malam 4 Februari. Ceritanya seperti dalam laporan polis. Saya pergi sebab Allah gerakkan hati saya. Kenapa suami balik 5, 6 pagi.
"Sebelum perkara ini berlaku, adik dia ada beritahu saya yang abangnya selalu balik rumah ibunya dengan berpakaian lawa setiap tengah hari, mungkin nak keluar dengan budak form 3 itu. Sedangkan setiap pagi saya siapkan dia pergi kerja dengan pakai baju pomen.
"Dah ada yang inform saya bahawa dia bercinta dengan budak form 3 duduk di Delima, Kota Masai. Khamis malam, saya berjaya mengesan tempat tinggal budak perempuan itu yang duduk di belakang rumah mak saya. Saya selesaikan segala-galanya dengan budak form 3 itu pada malam itu juga.
"Ibu budak itu janda dan dia tidak tahu bahawa teman lelaki anaknya adalah suami orang. Tetapi anaknya tahu lelaki itu suami saya," kata Nurul Hidayu di Facebooknya semalam.
- Isteri datang ke tempat kerja suami, namun dimaki hamun & tidak mengaku ada perempuan lain
- Isteri dakwa suami pernah bawa perempuan lain balik ke rumah beberapa kali semasa dia dalam pantang
- Suami mengaku ada perempuan lain, namun salahkan isteri sebagai punca
- Suami mengugut mahu mencederakan isteri disaksikan keluarga isteri dan suami
- Isteri mendedahakan dia pernah dipukul beberapa kali, namun masih beri peluang agar suami berubah
- Suami tidak pernah beri nafkah dan memberi tekanan serta pelbagai serangan emosi sepanajng bersama
Malam itu, Nurul cuba selesaikan masalah itu dengan suaminya dan meminta penjelasan apakah punca perpisahan mereka.
"Perpisahan ini atas dasar apa? Sebab budak form 3 itu ke? Dia kata tak, sebab kami sudah tidak sefahaman. Dia kata dia tidak mampu beli susu, pampers anak. Tetapi saya kata dia boleh pula belikan iPhone untuk budak perempuan itu?
B dah main dengan dia? B nak kahwin dengan dia? B nak hancurkan semuanya? Kita dah ada adik (anak) B...
"Tetapi dia tetap teguh dengan keputusan dia. Meskipun tiada bukti bergambar atau audio, tetapi ibu bapa saya, bapa suami dan ibu kepada budak form 3, anggota polis dan kawan sekerja saya sebagai saksi. Akhirnya dia kata jumpa di mahkamah," katanya.
0 comments