Wednesday, February 1, 2017

PELIK Sakit Nak Bersalin Dah 3 Minggu Tapi Bayi Tak Keluar. Segala TERJAWAB Bila Ustaz DEDAHKAN Sesuatu !!!

PELIK Sakit Nak Bersalin Dah 3 Minggu Tapi Bayi Tak Keluar. Segala TERJAWAB Bila Ustaz DEDAHKAN Sesuatu !!! | Memang tidak dinafikan pada zaman serba canggih sekarang ini, ramai sudah tidak mempercayai perkara mistik dan alam ghaib yang seakan tidak masuk akal. 



Namun, kita juga haruslah percaya bahawa makhluk halus itu sememangnya wujud dan tinggal di alam yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia.

Seperti yang dikongsi wanita ini di Kelab Ibu Mengandung Malaysia, bayinya mengalami pelbagai masalah seperti jantung berlubang dan anggota tidak sempurna sehingga doktor mencadangkannya supaya melahirkan bayi lebih awal. Walaupun sudah 3 minggu berada di hospital, masih juga belum bersalin. Setelah berjumpa seorang ustaz rupa-rupanya…

“Saya nak kongsi kisah hidup saya mengandungkan anak ke 3 ni. Kan saya ada bagitahu yang dah 3 minggu masuk ward tapi tak mahu juga bersalin. Dah masuk ubat banyak kali tapi still 2cm dan bila malam sakit kuat buka 3cm dan bila pagi pula jadi 2cm balik. Cerita saya mungkin macam mengarut tak masuk akal tapi itulah kenyataan nya. Saya dah keluar ward minggu lepas. 

Sebab dah taknak masuk kan ubat lagi. Sebab dah give up.

Hari-hari kena seluk kena sakit macam nak beranak tapi baby tak mau keluar. Jadi saya dan husband ambil keputusan untuk balik dan fikir mungkin tunggu sampai 9 bulan untuk sakit sendiri. Tapi dokter bagi appoinment khamis lepas . Saya dan husband pun pergi lah jumpa dokter khamis lepas. Dan dokter bagitahu nak masuk ubat baru dan dokter bagi pendapat untuk terus kan atau tunggu 9bulan . 

Tapi dokter beria sangat nak saya masuk ubat untuk saya bersalin awal. Jadi saya Dan husband pun try untuk seminggu je masuk ubat baru ni kalau tak besalin juga balik tunggu 9bulan. Harini saya masuk ward baru je sampai hospital. Tengok dokter bagi bilik first class hari ni. Punya laa dokter nak bodek supaya saya stay kat sini sampai saya beranak juga.

Ustaz bagitahu ada jin berdamping sebabkan bayi ada masalah

Dan semalam saya pergi jumpa Ustaz untuk minta air semoga dipermudahkan saya bersalin. Dari pukul 9.30 malam sampai pukul 12 baru dapat story kat ustaz pasal problem saya punya lah lama nak tunggu. Maklum lah orang ramai kan kenalah tunggu giliran. So husband story kat ustaz pasal problem saya.

Ustaz tanya nama saya dan husband terus ustaz suruh saya duduk depan dia. Ustaz cakap dalam hati cakap Allah Allah. Saya pun ikutlah apa ustaz suruh. Dan ustaz pun bercakap dengan jin dan sembelih jin tu. Lepastu ustaz tu terangkan kat saya dan husband pasal baby dalam kandungan saya dan pasal diri saya. Ustaz tu cakap dari sebelum saya mengandung lagi jin tu dah masuk dalam badan saya. Bendanya bertuan tapi tuan dia dah mati. Saya di zalimi oleh jin tu. Jin ni yang rancang semua ni dari awal. Dia masuk badan saya pun sebab dia nak berdamping dengan anak dalam kandungan saya untuk dijadi kan tuan baru dia nanti bila baby ni dah dilahirkan. Mungkin sebab dia tengok saya jenis subur senang untuk mengandung jadi dia pilih untuk masuk dalam badan saya. Dan saya pun mengandung.

Bayi ada jantung berlubang, kepala ada air, dan anggota tidak sempurna
Kan saya ada bagitahu masa 20week dapat tahu yang baby ada jantung berlubang kepala dia ada air dan tangan dia macam tak sempurna dan usus dia macam terkeluar dari perut. Ustaz tu cakap baby saya jadi macam tu sebab jin tu yang makan baby saya. Dia duduk dalam badan saya. Jadi dia makan baby saya sampai baby saya jadi macamtu .

Bila saya dapat tahu baby ada problem masa 20 week dokter sarankan saya bersalin awal . Dari 24week masuk ward sampai sekarang dah 28week pun tak bersalin lagi. Rupanya benda tu yang dok on off kan pintu rahim saya supaya saya tak boleh bersalin sebab dia nak kan baby ni hidup untuk dia berdamping nanti. Tapi kuasa Allah saya dapat tahu baby ada problem. Dan Allah tu nak tunjuk kat saya yang baby saya macam ni dan tak mampu untuk hidup. Tapi mungkin tunggu 9bulan dia boleh hidup. Tapi hidup sebagai orang oku dan ada pulak jin yang jadikan dia pendamping. So jin tu dah tahu yang saya dah tahu baby saya ada masalah .

Dia pun plan bila masuk ubat nanti tak boleh bersalin dia yang tutup pintu rahim saya. Tu sebab 3minggu pun tak bersalin lagi. Ustaz cakap dokter kat hospital ni pun sebenarnya dah pelik tapi dorang tetap nak masuk kan ubat. Umpama cuba dan cuba supaya saya bersalin juga. Ustaz cakap sepatutnya masa saya 6bulan haritu dah keguguran tapi benda tu taknak dia sekat supaya saya tak gugur atau bersalin sampai 9bulan sebab nakkan baby saya. Saya pun rasa macam betul ke ni. 

Ustaz tu cakap kalau saya dapat tahu awal jin ada dalam badan saya alhamdulilah baby saya normal sihat. Ustaz tanya husband tak rasa ke perubahan isteri. Suami cakap tak. Dan saya pun tak ada rasa apa-apa cuma kadang-kadang rungsing je. Ustaz cakap kalau duduk kat rumah macam ada bau terbakar tengok api dapur tutup tak ada orang bakar sampah ke apa. Sebenarnya benda tu yang lalu dalam rumah kita.


Akhirnya anak syurga ini berjaya dilahirkan
Ustaz tu dah sembelih jin tu semalam. Dan buatkan air untuk saya mandi dan minum untuk sihatkan baby dalam kandungan saya, diri saya dan mudahan saya bersalin harini. Ustaz cakap inshallah lepasni mudah nak bersalin sebab tak ada gangguan apa-apa dah.

Saya dah selamat bersalin pukul 6 petang tadi. Harini masuk ubat pukul 7.30 pagi pukul 2.50 air ketuban pecah dengan sendiri. Dokter check jalan dah 6cm. Sampai labour room dokter check cakap 3cm. Then dokter masuk antibiotic masuk induce yang sangat kuat. Dan dokter saran kan saya cucuk epidural kat tulang belakang.

Tapi saya taknak sebab ramai cakap sakit kan. Lepas pukul 5 tak ada dokter untuk cucuk epidural lagi. Lepastu 5.10 sakit yang amat kuat saya tak tahan sangat. Nurse dokter marah sebab tadi taknak epidural tu. Tapi tu baru sikit ubat tu jalan. Dokter check jalan 3cm juga. 

Dokter cakap ni ambik proses yang lama sampai tengah malam pun masih sakit lagi. Then kena 10cm baru boleh beranak. Pukul 5.57 saya tak tahan sangat macam nak berak. Saya rasa baby dah nak keluar sangat. Dokter tengok kepala baby dah keluar. Dokter tahan dan cakap jangan teran. Saya tak teran pastu lagi sekali saya tak teran baby keluar terus. Nasib sempat sambut. Pukul 6 anak syurga saya pun lahir ke dunia. Dan pada pukul 6.35 anak syurga saya telah pun menghadap penciptanya. Besok pagi baru kebumikan Anak syurga saya. Al fatihah

Sumber: Superhalia

via OhKisahnya
Load disqus comments

0 comments